Sbelum sya meneruskan entry kli ni, sya ingin mengatakan article yg sya akn kemukan ini dari sebuah buku brtjuk "Tinta 2 Asyraf". Buku ini sya pnjam dari sahabat Jannah sya yg comel loteh xD. Sya seorang yg tdak suka, bljar dan mengthui ssuatu yg sgt brguna seorang2. Oleh itu, sya ingin berkongsi sdkit ap yg sya bca ptg ini. Bismillah~
-Menghidupkan Jiwa-
Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana jiwa boleh mati? Jawapan saya mudah. Jiwa boleh mati apabila berjauhan dengan Allah s.w.t. Mungkin jawapan ini kelihatan remeh, tetapi untuk menusia yang percaya bahawa akhirat adalah destinasi akhirnya, perkara ini kelihatan besar.
Dan hakikatny, itu satu kebenaran, Jiwa semakin melemah, dan akhirnya mati kerana ia jauh daripada Allah s.w.t. Akan ada lompong dalam jiwa, yang akhirnya memunculkan rasa tidak senang, rasa gelisah, rasa resah. Jikalau pada wajah kita tersenyum pun dalam hati tetap rasa gundah. Kita rasa hidup tidak bermakna, buat itu buat ini tidak berharga.
Kita rasa kosong. Rasa itu ini adalah palsu. Rasa gelap.
Itulah dia perasaan orang yang mati jiwanya. Mungkin sahaja dia hidup seperti manusia lain, belajar seperti orang lain, kerja seperti orang lain, ada kawan-kawan, ada keluarga, masa hari raya dia gembira, masa terluka dia bersedih. Tetapi, dia melalui semua itu dengan kosong.
Sebab jiwanya sudah mati.
Dia jauh daripada Allah s.w.t.
- Jalan Menghidupkan Jiwa Hanya Satu-
Jalan menghidupkan jiwa hanya satu. Itu lah dia menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. tiada jalan lain untuk menghidupkan jiwa. Meditasi, tafakur, di dalam gua, berseorangan, semuanya tiada makna jikalau ia tidak berhubung dengan Allah s.w.t.
Sebab itu, kita sebagai manusia perlu melihat kembali hubungan dengan Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi yang merasakan jiwanya kosong, gelap, gundah, resah, dan 1001 lagi perasaan yang tidak senang dalam jiwa dan kehidupannya.
Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah s.w.t.? Soal diri
Kemudian, lihat kehidupan kita. Dengan apa kita isi? kebaikan kah? keburukkan kah? Jikalau kita rasa kita sudah isi dengan kebaikan, kita lihat pula bagaimana kebaikan itu kita isi. Benarkah kita lakukan semua kebaikan itu dengan harapan mahukan redha Allah s.w.t., mahukan kasih sayang-Nya, mahukan cinta-Nya? Ataupun kita buat baik sebab itu adat, orang lain buat?
Matlamat dalam beribadah adalah sesuatu perkara yang penting. Jikalau beribadah, solat membaca Al-Quran, bukan kerana Allah s.w.t., tetap ketenangan itu tidak hadir. Benda ini perlu kita perhatikan dengan serius.
"Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan setiap manusia itu apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia untuk habuannya, ataupun kerana perempuan untuk dinikahinya, maka hijrahnya akan ke arah apa yang dihijrahkannya"
(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)
In Shaa Allah, jikalau kita melihat semula perkara ini, dan kita koreksi satu per satu, bawa kembali diri kita untuk berhubung dengan Allah s.w.t., maka jiwa kita akan kembali hidup.
Cuma jelasnya, tiada yang mampu menghidupkan jiwa kita selain daripada pencipta jiwa itu sendiri. Siapakah pencipta jiwa? Dialah Allah s.w.t.