copy/paste
Cerpen : Hypoimanism.
Aiman merenung wajah doktor itu. Doktor it merenung kembali
mata Aiman. Masa berjalan sungguh lambat, seolah-olah ada kuasa yang telah
menukarkan perjalanan waktu di dunia ini menjadi slow-mo. Hening sahaja, yang berbunyi
hanyalah detikan jam dinding di dalam bilik Doktor Fahmi.
Suasana sepi itu dipecahkan oleh helaan nafas yang panjang
oleh Doktor Fahmi.
Macam bad news je..bisik hati Aiman.
Aiman, maafkan saya, but from what I've found, awak
menunjukkan classic symptoms of hypoimanism.?
Terkebil-kebil Aiman mendengar statement doktor Fahmi. Apa?
Hypoimanism? Aiman juga adalah pelajar perubatan tahun 4, sepanjang
pengajiannya tak pernah pula dia mendengar term itu.
Doktor Aiman tersenyum nipis, seolah-olah sudah menduga
kekeliruan pesakitnya itu.
Ya, hypoimanism. Atau dalam laymen termnya, level iman yang
rendah.
Berkerut-kerut dahi Aiman mendengar kata-kata Doktor Fahmi.
He must be kidding, right?
Doktor, with all due respect, saya tak bersetuju dengan
diagnosis doktor. Saya tak rasa saya mempunyai level iman yang rendah. Saya
menunaikan solat 5 waktu, saya baca juga Al Quran setiap hari, ada setengah
orang lansung tak baca doktor. Lepas tu, saya ni selalu juga bersedekah,
takkanlah iman saya rendah., ujar Aiman bersungguh-sungguh.
Aiman sedar dia mengambil pendekatan defensif, tone suaranya
pula agak emosional. Emosional, mungkin kerana di sebalik segala argumennya,
hati kecilnya mengiyakan diagnosis doktor itu. Mungkin kerana dia sendiri,
merasakan dirinya sudah lain sekarang, sudah jauh dari Dia.
Giliran Aiman pula menghela nafas panjang sambil
beristighfar.
Doktor, tadi, doktor ada cakap classic symptoms? tanya
Aiman perlahan. Matanya tertumpu ke bawah, malu untuk bertentang mata dengan
doktor.
Aiman, alhamdulillah awak masih menunaikan kewajipan
sebagai seorang Muslim, masih menunaikan solat, masih dibukakan hati untuk
membaca ayat-ayatNya, masih dikurniakan nikmat harta dan keringanan hati untuk
berinfaq di jalanNya.?
Tapi Aiman, izinkan saya bertanya, bila kali terakhir kamu
beribadah sepenuh hati kepada pencipta kamu? Bila kali terakhir kamu duduk
bermunajat seikhlas hati kepadaNya? Bila kali terakhir kamu berdoa
bersungguh-sungguh sambil menangis kepadanya??
Soalan bertubi-tubi dari Doktor Fahmi bagai meletakkan garam
di luka. Pedih. Ditutup matanya rapat, tidak mahu cecair tak diingini keluar
dari matanya. Kalau tak memikirkan muka macho yang perlu dijaga, sudah lama
Aiman menangis di situ.
Aiman, bila last time bangun qiyamullail??
Aduuh, doktor ni, soalannya memang kena right on the spot.
Aiman tahu, dia yang dahulu, memang selalu bangun qiyamullail.
Sekurang-kurangnya, sekali seminggu. Tapi, kebelakangan ini?
Doktor, bukanlah saya tak mahu, saya dah pasang alarm. Cuma
saya tak bangun. Lagipun, bukankah ada dalam hadith Rasulullah SAW bersabda,
Barangsiapa yang tidur sedang dia berniat akan bangun untuk
bersolat di malam hari, tetapi dia terus tertidur hingga pagi, ditulis baginya
apa yang telah diniatkannya dan tidurnya itu merupakan rahmat Allah kepadanya.
H.R. An-Nasai dan Ibn-Majah
Ya, hadith inilah yang sentiasa menjadi penyenang hati
setiap kali Aiman tidak bangun qiyamullail. Aiman berasa sedikit puas hati
sebab mampu untuk quote hadith itu. See, doktor, saya ini tidaklah seteruk
mana.,bisik hati kecil Aiman.
Ya betul hadith tu Aiman. Sahih. Tapi kan Aiman, let's come
back to kenapa kamu tak qiyamullail. Sebab kamu tidur lambat kan? Modern
Warfare sampai 2-3 pagi,,Sounds familiar..
Aiman diam. Tiada hadith dapat diquote untuk menafikan
dakwaan Doktor Fahmi.
Ini yang saya maksudkan Aiman. Classic symptoms. Apa yang
merisaukan saya, saya lihat masa kamu lebih dihabiskan dengan perkara-perkara
lagha, hiburan hiburan picisan, rehat berlebihan. Kamu kata kamu sibuk study,
tapi kamu tak berenggang dengan Facebook, Twitter dan Instagram. Selepas tu
kamu nak chillax, kamu layan pula The Big Bang Theory 3-4 episode setiap hari
dan macam-macam lagi. At the same time, amal-amal kamu tidak ubah hanya sebagai
rutin harian, yang tak memberi makna pun kepada kamu. Aiman, hiburan itu tak
salah, tapi kalau dah berlebihan, akan memakan diri kita, or in this case, iman
kita.ujar Doktor
Fahmi bersungguh-sungguh.
Aiman tak mampu nak membendung air mata yang dari tadi
terkumpul di dalam matanya. Satu persatu air mata jatuh. Sedih sebab baru menyedari keadaan diri, dan
pada waktu yang sama, terharu. Terharu kerana di sebalik setiap perkataan
Doktor Fahmi, tiada lansung judgement, tiada langsung nada holier-than-thou
hanyalah nasihat yang terasa keikhlasannya.
Aiman, izinkan saya ingatkan kamu satu hadith. Diriwayatkan
oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda,
Di antara tanda sempurnanya Islam seseorang adalah
meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat.
Aiman, bahayanya chronic hypoimanism ni, adalah kita akan
lali dengan keadaan itu, dan merasakan nothing is wrong. Walhal, sebenarnya,
jiwa kita sedang sakit. Sepatutnya seorang mukmin itu, bila sedar sahaja
imannya turun, cepat-cepat dia cuba naikkan kembali. Kalau kadar gula dalam
badan kita rendah, badan kita akan hantar isyarat kepada otak kita bahawa kita
lapar. Maka sepatutnya, kalau kadar iman kita rendah, hati seorang mukmin itu
patut hantar signal untuk kita kembali kepada Dia!
Aiman tersenyum kecil mendengar analogi Doktor Fahmi.
Negative feedback
Lebih kurangla.. jawab Doktor Fahmi selamba.
Prognosis saya doktor
In shaa ALLAH, good prognosis if proper action taken. Nak tahu
tak, Allah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 53,
Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha
Pengampun, Maha Penyayang.
Never lose hope in Him.
Bukan kali pertama Aiman mendengar ayat itu dibacakan,
tetapi inilah kali pertama Aiman benar-benar terkesan dengan ayat itu. Ayat
yang memberikan penuh harapan kepada si hamba yang berdosa. Mendengarkan ayat
itu, Aiman terus bersemangat untuk memburu kembali level iman yang tinggi, yang
pernah dirasainya suatu masa dahulu.
Aiman melihat tepat ke arah Doktor Fahmi. Betapa bersyukur
diri Aiman, kerana dipertemukan dengan Doktor Fahmi. Kalau tidak, entah berapa
lama dia akan kekal dengan keadaannya itu.
Doktor, saya nak ucapkan
Dahla tu Aiman. Tak payah berdoktor-doktor dah. Kau tu yang
lebih doktor dari aku. Exam selalu score, aku ni selalu cukup-cukup makan
je., giliran Fahmi merendah diri.
Haaa, kau ni Mi, selalu dengan inferiority complex kau tu.
Nak aku ingatkan Surah Hujurat ayat 13 lagi Inna akramakum~
indallahi atqokum~, sambung Fahmi tersenyum.Ya Aiman,
aku ingat.
..Sesungguhnya yang paling mulia dari kamu di sisi ALLAH
adalah mereka yang paling bertaqwa. (Al Hujurat:13)
Hakikatnya, Fahmi juga seorang pelajar perubatan tahun 3
seperti Aiman. Bumi Czech menjadi saksi perkenalan mereka, dan di bumi itu juga
mereka mengenal erti persahabatan kerana ALLAH yang sebenar.
Thanks Mi, tegur aku. Lain kali, tegur je aku straight, tak
perlu main doktor-doktor ni. Kelakar pulak. Tak pasal-pasal kita cipta penyakit
baru.
Fahmi ketawa, sambil merangkul tangannya ke bahu sahabatnya
itu.
Jom, kita tolong each other jadi lagi baik Man.
Jom.