Thursday, 3 January 2019

Lembaran Baru di Tahun Baru 3/365

Assalamualaikum. I'm backkk~ hahaha. Alhamdulillah hari ni hari ketiga pada tahun 2019 ni. Bersyukur sangat-sangat masih diberi peluang bernafas sampai ke hari ini. So, hari ni saya akan kongsikan satu poem ni hahaha xD.  Actually poem ni saya buat pada tahun 2016, kebetulan time tu ada "2016 Poetry Writing Competition Sabah & W.P.Labuan Zone", so saya pun join la. Just for fun hahaha xD padahal BI pun kelaut tapi x salah mencuba, right? Okay la, tanpa membuang masa, jom kita p dekat poem. Sebelum tu kan, jangan la kecam kehh. Biasa la saya bukan pro BI sangat pun. Hahahah xD. Buat-buat faham dah la yea~ hihi

PRECIOUS

I don't know what my feeling is,
Confusing,
Lips says no but heart says yes,
People thought I'm insane, 
Actually I really don't mind,
When the time has come -
Everything will come true.

So what we have to do ;
My words still the same,
Dead or alive, for sure, I'm going for it,
Hoping that they realise -
Why I did such stupid things.

You are such a wonderful person that I've met,
You're full of kind and responsibility,
But sometimes you are out of your mind, 
Only God knows what is happening, 
Because you are always full of weirdness,
Yet, I want to know you well

Anything that happen I have to face it,
If I turn back, I'll hurt,
Keep moving and not looking back,
Never.
Thanks for appearing in my life.
Even,
If it's only a shadow. 

Tadaaa~ hahahah xD. Perlukan masa jugak la karang benda alah ni, bukan senang kot dah la grammar berterabur time first buat ni. Oh yaa, Terima Kasih kepada kawan yang terlibat, susah-susah check grammar and betulkan mana yang salah hihi. Thank You~ Jasamu sentiasa dikenang ♡. Poem ni macam "Love Letter" jugak la HAHAH XD. Kbaii~ In Shaa Allah, dimasa akan datang saya akan share pengalaman saya dekat Medan, Indonesia pulak hihi~

Thursday, 24 May 2018

Long Time No Post~ xD

Assalamualaikum~. Hai. Hihi. Lama dh x post, bertahun juga la kan sy x post dkt sini. Hihi. Maklum la busy dengan study *kononny xD*. Pejam celik pejam celik dh Ramadhan ke 8 dh skrg ni. Post kali ni sy share psal diri sy sja la yea. Kalau x nk tahu, sudahh pergi main jauh jauh sana. Shuh! shuh! Hahaha xD. Start sj Ramadhan sy mmg busy yang amat sbb family buka gerai dkat pasar malam, tapi yang bestny sy x pyh turun pun. Hahahahaha XD. Aipp, bukan malas kehh~ tapi mak sy sruh sy stay dkt rumah, big boss la katakan hahahah. Xdalah, mak sruh sy kemas/bersih kan rumah, masak utk iftar/sahur and so on sbb tu la sy x turun. Faham dak? Eee, negative sgt xD. Hmmm, x thu kenapa mlam ni tetiba sja nk post something :’), nk post dkat Whatsapp Status tpi Whatsapp buat hal. Mengada betul~ buang ke laut karang phone ni. Hahahaha xD. Nak post dkat Facebook, hmm x nk la public sgat la pulak. Post dkat Insta lagi la x nk. Twitter? Sorry sy x da twitter hahaha, x pndai guna benda alah tu. So, akhirny sy post dkat blog sja la, sbb dkat sni x ramai yang baca. Selesa sikit. Hihi. Doakan sy dpat turunkan berat badan, ramadhan tahun ni. Hahaha xD. Azam nk kurus tu dari tahun lepas lagi tpi tu la makanan tu smua yg panggil sy. In shaa Allah, thun ni sy boleh. Malaysia boleh! Jealous tngok member kurus, bleh pkai saiz s. Perghh, hahahaha xD. Sy rendah orangny, so berat badan tu x ssuai dgan ketinggian, turun beberapa kilo pun jadila wehhh. Ni sy nk nasihat sikit, kepada  akak-akak, macik-macik yang dh "Berjaya" kuruskan berat badan tu. Sy ucapkn Tahniah! tapi satu sja masalahny dkat sini, kalau boleh, lpas dh kurus and body lawa bagai tu x pyah la pakai ketat-ketat sgat. Ini x, mentang-mentang la dh kurus, baju pun melekat. X pyah la wehh melekat-melekat bagai ni, aurat tu.  Kita ni perempuan kena jaga aurat, lagi-lagi zaman sekarang ni *Akhir zaman*.  Jangan risau, x pakai ketat-ketat pun akak-akak and macik-macik tetap nmpk cantik. Bagi yang mengata itu ini tu, lantak pi la dorng. Mulut mnusia ni, payah nak tutup. hihi. Jangan marah. Tegur kan tandanya sayang <3. Okay la, dh panjang dh ni.  Kang post panjang-panjang ada yang muntah hijau hahahah xD


Selamat Malam. Good Night. Oyasumi~

Saturday, 16 January 2016

Gagal





Pernah rasa kegagalan? sudah tentu jawapannya "PERNAH". Macam mana nak handle perasaan sewaktu kita gagal? Payah. Yup, betul tu sangat payah. Kalau malu itu tiada memang kita akan nangis di khalayak ramai. Terutama sekali yang hawa nie. Keras-keras hawa dalam hati dia lembut okayyy..hahha xD..Kita sudah buat macam-macam, buat itu buat ini tapi still gagal. Apa nie? Satu buku kita hadam gagal jugak. Bangun pagi-pagi buta solat hajat bagai nak rak gagal jugak. Macam ni la senang, sebelum study ada atau tidak niatkan dalam hati study kerana Allah?? Kita study untuk apa sebenarnya? mahukan populariti kah? tak kisah la apa-apa pun sebabnya, saya tahu semua yang tengah baca orangnya baik-baik belaka. Nawaitu kena betul, barulah kita dapat terima dengan berlapang dada. tak percaya cuba test try :P . Bahagian kita belum sampai. Sabar. Allah tahu bila masa yang sesuai. Buang sifat bersangka-sangka dalam diri. Husnodzon itu penting untuk mengenal Rabb kita dengan lebih rapat ;) . Gagal. hmmm,,kalau gagal mesti kita down sesangat kan. Mestilah siapa yang tak sedih. Adoiii..bonus question..hahha xD . Kita down sangat-sangat. Luah pada Allah, DIA dengar. Confirm tenang setenang air yang mengalir. Aisehh xD. Sahabat pun kekadang memainkan peranan yang penting untuk up kan balik feeling kita, sahabat yang sebenar-benar sahabat dia akan faham apa yang kita rasa begitu juga dengan family. Kalau orang terdekat kita tengah sedih akibat kegagalan why not you motivate them *tak tahu betul atau tidak bi tu* . Dia tengah mengalami kemurungan yang berpanjangan *Lebih la pulak* Kita sebagai sahabat/family kena lah hargai kesungguhan beliau. Kita tak tahu dia struggle lebih sebelum dia peroleh kegagalan tu. Kita tak tahu, dan tak pernah tahu bertapa bersungguh nya beliau. Sebelum dia tahu dia gagal dia sudah pun rasa down tu, kita sebagai orang terdekat jangan sesekali tambah ke-down-an itu. *penyalahgunaan tatabahasa, habis la cikgu2 Bahasa Malaysia bash nanti. Tolong jangan kecam saya* Alamak macam tercakap pasal diri sendiri pulak..hahhaha XD . Sebenarnya tadi saya gagal, miahahaha..1 markah lagi. Betul la kata mam dahulu kala, 1 markah tu sangat penting. Jangan pernah meremehkan angka 1 tu. Tapi x pa, masa dah lalu tidak perlu diungkit. Allah kan ada, orang terdekat pun selalu ada untuk support and bagi motivate walaupun tak sampai punchline tu tapi amatlah dihargai hahahha xD. Lupa pulak cakap, saya gagal ujian memandu sebenarnya. hahhaha xD . Elehhh,,setakat ujian memandu apa lah sangat *mesti ada yang cakap macam ni kan, baik mengaku* meh sini saya bagi ketukan demi ketukan dekat kepala sempit tu. Kalau gagal ujian memandu apa yang keluar? Keluar "duit" . Duit bukan senang nak dapat. Lagi-lagi yang macam saya ni, student dan pakai duit parents. Saya tahu susahnya mencari duit hatta sesuap nasi. Saya pernah jaga gerai dekat pasar malam. Penat. Sangat penat. Tidak ada pekerjaan yang tidak memenatkan, hanya keikhlasan yang akan menghapuskan kepenatan tersebut. Sebab tu saya sedih bila saya tahu saya gagal. Nasib duit simpanan ada. Saya yang menduduki ujian and gagal, jadi biar saya yang bayar. Family saya, syurga saya, saya tak suka menyusahkan syurga saya. Kesimpulannya, kita pernah merasai sebuah kegagalan yang amat memeritkan, jadikan kegagalan pada hari ini penguat untuk hari esok. Selain tu, kita tahu rasa down tu macam mana, kalau orang terdekat kita pernah gagal kenapa tidak kita bantu mereka. Mereka pun rasa apa yang kita pernah rasa dahulu berada dalam kesempitan dan perlukan sokongan untuk bangkit balik. Pengalaman banyak mematangkan pemikiran :)
Surah Al-Baqarah ayat 216 ada menyebut "Boleh jadi kamu benci sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu dan boleh jadi kamu suka sesuatu sedangkan ia buruk untuk kamu"

Sunday, 4 October 2015

Mengapa Tidak Terus Minum Daripada Kendinya ?


Tertarik dengan satu risalah yang saya terima daripada seorang rakan. Risalah tersebut menceritakan sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorang Kiyai @ Tuan Guru di sebuah pesantren di Indonesia.

Apa yang menarik tentang kisah ini ialah bagaimana sikap seorang guru ketika memberi didikan kepada seorang yang datang menempelak dan mencemuhnya. Sabar, setia mendengar setiap yang diluahkan dan pelbagai sikap yang baik yang patut diteladani oleh para pendakwah sekarang daripada Kiyai tersebut. Inilah manhaj sebenar Ahlussunnah Wal Jamaah . Tidak melenting malah memberikan peluang kepada mereka untuk berbicara.

Sikap pemuda yang mengaku mengikut ajaran Salaf ini juga patut diteladani dalam satu aspek iaitu mendengar kembali apa yang diterangkan oleh Kiyai tersebut dan mengakui bahawa dirinya ada melakukan kesalahan. Berbeza dengan sikap pemuda-pemuda sekarang yang mengaku bahawa mereka adalah pengikut ajaran Salaf , yang langsung tidak mahu menerima pandangan orang lain malah menuduh bahawa para ulama sekarang banyak membawa Bid’ah dan sebagainya.

Di sini saya akan mengolah semula cerita tersebut sebagai panduan kepada kita semua. Kisahnya begini :

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.

Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya. Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya” Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?” Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.

Saturday, 26 September 2015

Padamu Diri Berserah~ :')




Semakin dikejar semakin kau lari,
Rela kau pergi dari hidup ini,
Mungkin kita tidak ditakdirkan bersama tapi tidak untuk satu hari nanti,
Kuat dan tabahlah wahai hati,
Jangan cepat mengalah dengan diri,
Mungkin ini hanya mainan dunia seisi,
Semakin hari kau luput dalam minda diri,
Hebatnya kuasa Ilahi,
Tarbiah yang halus menembusi hati,
Betapa pentingnya muhasabah diri,
Mengenang dosa yang pahit tidak terperi,
Takwa itu seperti melalui jalan penuh duri,
Melangkah dengan waspada dan berhati-hati,
Ternyata banyak liku-liku yang belum ditempuhi,
Jangan pernah ragu menjaga maruah diri,
Jangan pernah tergoda dengan ajakan duniawi,
Jika bersendirian, jangan merasa sepi kerana Rabb sentiasa mengawasi,
Jika sedih jangan pendam dalam hati, 
Ada Allah tempat berbagi,
Jika marah, jaga fikiran dan hati,
Ada Allah tempat menenangkan diri,
Tak usah mengejar dunia, kerana ia akan lari,
Kejarlah akhirat kerana ia kekal abadi,
Ikhlas dari diri yang bakal dijemput Ilahi x lama lagi.

Friday, 25 September 2015

STORY OF MY LIFE 1~ (Hari Raya Korban)

Sebelum tu, sya ingin mngucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha *lmbat sehari,,pfffttt xD* mesti bestkan sambut raya haji disamping orang trsyng especially our family except my sister :') :D .. orang perantauan la katakan..Kaka sy bljar dkt kuching sbb tu x dpt blik just tnggal rmah cousin kat sna sja.. Mkan bnyak tu wajibbb kot, nmanya raya ye dak~ xD ..Raya haji thun ni kmi smbut dkt rmah sya..heee~ Rmai saudara mara dtg,,sbnarnyaaa x la rmai sgt ponn..hahaha xD asal ada,,family belah mak sja yg ad..belah ayah x dop sbb dkt kg (punang, lawas) pn sembelih mooooo~ jgk hihi..Sllu tiap thun raya haji smbut dkt kg spitang, pastu yg sgt mnyedihkan kmi adik-beradik tnggal dkt rmah..so kira tahun ni best la sikit..sikit sja x bnyak pn..^..^  Jom sya share skit gmbar2 yg smpat di ambil.. orang sakit smlm,,Alhamdulillah, sakit tu kafarah dosa.. huhu..x dpt enjoy2 sgt..tulah pepagi lgi, main dgan adik n abg meow (mueeza n sayang) bersin dri pagi ke malam dri malam ke pagi *over disitu*  allergic bulu kucing,resdung mnguasai diri *sob sob* so kemarin sy bnyk menidurkan diri di dalam bilik..hahhaha XD ,,orang sibuk dgan lembu yg blum timbul2 , tnggu imam dtang, ekor lembu hilang..hahha..bleh plak buat taik mata dlam blik..serius kmarin btul2 x larat, klau resdung dh dtang, ubatny hnya tdur..dh tu bersin sja, air mta asyik kluar..hdung pn mcm nk trcbut sja gamakny..-.-"

okehh,,jauh ke laut dh tu..ckp td nk share gmbar..hahha..*andangnya ni, klau sdah berkunyanyang x pndai ba'anti*hihihi..spa fham sya bgi 5 star ..*thumbs up*
Lembu oh lembu..sblum raya haji (24/09/15) mam n aunty tdur jam 2 pagi smata-mata tnggu lembu  x pndai timbul2 xD ..mam dh give up trus msuk blik tdur dgn kerutan seribu. Pagi2 tu sy bgun sja, usai slesai smua tnggungjwab trus kluar rmah, tngok lmbu..tp x dop jgak..hahha..pagi2 mam dh skit kpala,,sbar emaknya..nnt darah naik.. tik tok tik tok, pn blum mncul..msa tu, ktorang just okehh,,pasrah je la..siap2 p smbhyg kat msjid..otw ke msjid nmpk seekor lmbu ni..hahahhaha..adoiii..mcm x knal ayh sy,,trus kreta tu brpsing 360 darjah .. patah blik ke rmah..nsib rmah n msjid Al-Ubudiyah dpan rmah brdekatan dgn dewan arena.. blik rmah ayh jmpa mak bgthu ad lembu dpn dewan tu haa..xD mam pn call la org yg ditugaskn utk hntr lmbu tu dkt ktorang..ckap pnya ckap..sahhh! cnfirm lmbu tu ktorang pnya..aplgi bsing la mam di pagi yang mulia tu..pot pet pot pet..hahhah..layann~ mam ckp dkt orang tu rmah ktorang DEPAN dewan arena, "simpang pisang"..tup tup, org tu letak lmbu tu depan-depan dewan arena, bukan lgi depan dewan malah di tengah-tengah dewan tu...lawakk..sy time tu  hnya mmpu gelak..mam n aunty tdur jam 2 pgi kot tnggu lembu ni..hahha..sbar ye mam *muahh*  pastuuuu,,hahhah..dorang ni,,Ya Allah..hahah..nsib x jmpa klau x mmg mkn kaki laa..boleh2 pulak dorang ikat lembu comel ni dkt pkok yg kecik miut piut tu..xD klau dia lari mcm mn? mrahhh ni xD ..lpas smbhyg bru hero-hero kg simpang pisang ambik lembu tu..Payah nk tarik lembu ni, hahhaha,,x mau berdiri..mrjuk agaknya..dduk memanjang..layann~sabar deh..hahha..

Hero-hero kg simpang pisang,,bukan Zombie Kg Pisang yea~ xD ...ayah bagi lembu tu makan..lpas makan bru bleh tarik lembu ni, ke seberang jalan dh rumah seberang mmg la kna menyeberang jalan raya..hahaha *lawyer bruk, x bleh blah*

Model lembu (my mom) ..td marah2..hahahha xD lmbu tu still x mau brdiri..bbrpa mnit kmudian bru la dia nk brdiri tu pun lpas mam telefon kawan mnta tips hhaha :D XD
Gambar lembu menyeberang jlan x dop..mam x ambik..hihi..hmmmm,,what's next? oh yaa,,menu mknn..hahah..x da kelupis bkn raya lah namanya ..hihi..kelupis itu wajib bgi kluarga kmi..nyum nyum! tp menu kli ni berbeza sikit..wawa iaitu selaku chef kluarga kmi sjak turun temurun..cehhh..hahha..wawa msak mmg sdap mantap malatop...smua msakan dia bleh msak..lagi2 klau rendang..perghhh..hihi..menu raya haji :- Kelupis(wajib), ayam kari kuah kacang (haaa,,yg ni la yg berbeza tu) hiihi..sllunya kari ayam klau bukan kari, msti ayam msak merah, tp berbaloi,,serius sdapppp..dlam sejarah la,,hri raya haji sy mkn bnyk..hahha..dlam sehari bnyk kli sy mkn..sllunya org sakit xda slera..tpi sy lain sikit..hihi..sya ambik mknn bkn bnyk pn, kelupis 3, ayam tu bbrpa ketul..tulah pasal mkn bnyk kli..hahaah XD diet? alaaa,,raya kotttt..bkn selalu..nnt buka skolah, nmpk sy momok, diam-diam sdh la yea..hihi..menu lain,,mi goreng, ayam rendang, batang pisang masak lemak, nasi xD (cnfrm la kann *msuk gaung*), sup tulang, hati buyah, dging kari dan seangkatan dgannya. Next, gmbar lembu slmat smpai kat rmah dll..
hmmm,,no comment..x dpat tngok situasi ni..sebak..:')

Masa ni, dorang ada cari satu benda tau..hahha XD guess what? dorang cari ekor lembu n lidah lembu..riuh sekampung dgr dorang gelak, gara-gara bnda tu..Masa tu pacik sya ada tnya, spa yg nk ekor dll ..tpi krik-krik, angin pn brlalu dgn gahnya..hahha..at last, pacik sya tngok dh hilang dh bnda tu..hahha..mula lah,,riuh kat luar..xD dgar dorang ber'ibun..hihi..mcam2 karenah org kg ni..Ni lah kelebihan hdup berjiran "kerjasama"


Timbang daging nk di agihkan utk org kg..ksian dorang pnat-pnat tlong..hihi

Timbang pnya timbang dpat la 85 bngkus..x trmasuk yg wawa msak lg..daging kari utk makan petang..
Alhamdulillah, selesai..lega la hati daddy n mummy(pacik n macik dri k.k) sbab hajat sdh trcapai.. Ingat snng ke, saudara-mara dtg Labuan..Snang sja tpi tdur rmah kitorang tu yg payah,,himpit2..nsib la, kluarga yg tnggal dkt labuan ad 3 org..dpt la bahagi2 spa tdur rmah wawa, spa tdur rmah ktorang, n spa tdur rmah bucu..hihi..THE END~  sblum tu sya ingin mmhon maaf jika ada terkasar bahasa yg boleh mengguriskan hati sma ada sedar ataupun x :) .Bkan selalu sy membebel dalam ni...hihihi..The best moment in this holidays..

Wednesday, 9 September 2015

TERIMA KASIH~~

For me, Love after nikah is better~ :) knal berpuluh thun pn kta blum knal prngai sbnar dia, yg kta knal hnya lakonannya :D ,,Papapun study first love later <3, bahagiakan keluarga dengan kjayaan kta dhulu :)



Terima kasih kerana hadir dalam hidupku
Terima kasih kerana membuatku tenang
Terima kasih kerana sudi berkawan denganku
Terima kasih kerana sanggup meluangkan masa mu bersamaku
Terima kasih kerana sudi menceritakanku kisah hidupmu
Terima kasih kerana prihatin yang kau berikan
Terima kasih kerana membuat hariku sentiasa gembira
Terima kasih kerana selalu kesah mengenai diriku
Terasa diri sangat dihargai, terasa diri ini berbunga-bunga riang
Namamu sentiasa terselit dalam doaku,

Terima kasih kerana buat hidupku tunggang-langgang
Terima kasih kerana buat hidupku  x menentu,
Terima kasih kerana membuatku sedih
Terima kasih kerana membuat hatiku hancur lumat
Terima kasih kerana membuatku sering menangis
Terima kasih kerana membuatku sakit hati
Terima kasih kerana menghancurkan benteng putus asa yang aku cuba bina
Terima kasih kerana hancurkan kepercayaan yang aku berikan
Terima kasih kerana membuatku cemburu
Terima kasih kerana membuang masaku memikirmu
DAN
Terima kasih kerana membuatku lupa akan Cinta Ilahi.
Terima kasih kerana Allah s.w.t izinkan aku bertemu orang sebaikmu,
Terima kasih, Terima kasih dan Terima kasih banyak-banyak.
Moga kau bahagia tanpa aku disisi. Namamu sentiasa ada dalam doaku.
Hilangnya perasaan ini apabila dirimu sudah dimiliki oleh orang lain.
Jika zaman ini, seperti zaman Rasulullah SAW, akan aku lamar kau dahulu.

-Nukilan Akak Humaira- 
Sy dapat email dri akk humaira, n skligus sy mminta izin copy ayt yg dia bgi..:)  klau ssiapa dkt sni, yg sudi share..bleh email sy~ amatlah dialu-alukan ;)

Lembaran Baru di Tahun Baru 3/365

Assalamualaikum. I'm backkk~ hahaha. Alhamdulillah hari ni hari ketiga pada tahun 2019 ni. Bersyukur sangat-sangat masih diberi peluan...