Saturday, 16 January 2016

Gagal





Pernah rasa kegagalan? sudah tentu jawapannya "PERNAH". Macam mana nak handle perasaan sewaktu kita gagal? Payah. Yup, betul tu sangat payah. Kalau malu itu tiada memang kita akan nangis di khalayak ramai. Terutama sekali yang hawa nie. Keras-keras hawa dalam hati dia lembut okayyy..hahha xD..Kita sudah buat macam-macam, buat itu buat ini tapi still gagal. Apa nie? Satu buku kita hadam gagal jugak. Bangun pagi-pagi buta solat hajat bagai nak rak gagal jugak. Macam ni la senang, sebelum study ada atau tidak niatkan dalam hati study kerana Allah?? Kita study untuk apa sebenarnya? mahukan populariti kah? tak kisah la apa-apa pun sebabnya, saya tahu semua yang tengah baca orangnya baik-baik belaka. Nawaitu kena betul, barulah kita dapat terima dengan berlapang dada. tak percaya cuba test try :P . Bahagian kita belum sampai. Sabar. Allah tahu bila masa yang sesuai. Buang sifat bersangka-sangka dalam diri. Husnodzon itu penting untuk mengenal Rabb kita dengan lebih rapat ;) . Gagal. hmmm,,kalau gagal mesti kita down sesangat kan. Mestilah siapa yang tak sedih. Adoiii..bonus question..hahha xD . Kita down sangat-sangat. Luah pada Allah, DIA dengar. Confirm tenang setenang air yang mengalir. Aisehh xD. Sahabat pun kekadang memainkan peranan yang penting untuk up kan balik feeling kita, sahabat yang sebenar-benar sahabat dia akan faham apa yang kita rasa begitu juga dengan family. Kalau orang terdekat kita tengah sedih akibat kegagalan why not you motivate them *tak tahu betul atau tidak bi tu* . Dia tengah mengalami kemurungan yang berpanjangan *Lebih la pulak* Kita sebagai sahabat/family kena lah hargai kesungguhan beliau. Kita tak tahu dia struggle lebih sebelum dia peroleh kegagalan tu. Kita tak tahu, dan tak pernah tahu bertapa bersungguh nya beliau. Sebelum dia tahu dia gagal dia sudah pun rasa down tu, kita sebagai orang terdekat jangan sesekali tambah ke-down-an itu. *penyalahgunaan tatabahasa, habis la cikgu2 Bahasa Malaysia bash nanti. Tolong jangan kecam saya* Alamak macam tercakap pasal diri sendiri pulak..hahhaha XD . Sebenarnya tadi saya gagal, miahahaha..1 markah lagi. Betul la kata mam dahulu kala, 1 markah tu sangat penting. Jangan pernah meremehkan angka 1 tu. Tapi x pa, masa dah lalu tidak perlu diungkit. Allah kan ada, orang terdekat pun selalu ada untuk support and bagi motivate walaupun tak sampai punchline tu tapi amatlah dihargai hahahha xD. Lupa pulak cakap, saya gagal ujian memandu sebenarnya. hahhaha xD . Elehhh,,setakat ujian memandu apa lah sangat *mesti ada yang cakap macam ni kan, baik mengaku* meh sini saya bagi ketukan demi ketukan dekat kepala sempit tu. Kalau gagal ujian memandu apa yang keluar? Keluar "duit" . Duit bukan senang nak dapat. Lagi-lagi yang macam saya ni, student dan pakai duit parents. Saya tahu susahnya mencari duit hatta sesuap nasi. Saya pernah jaga gerai dekat pasar malam. Penat. Sangat penat. Tidak ada pekerjaan yang tidak memenatkan, hanya keikhlasan yang akan menghapuskan kepenatan tersebut. Sebab tu saya sedih bila saya tahu saya gagal. Nasib duit simpanan ada. Saya yang menduduki ujian and gagal, jadi biar saya yang bayar. Family saya, syurga saya, saya tak suka menyusahkan syurga saya. Kesimpulannya, kita pernah merasai sebuah kegagalan yang amat memeritkan, jadikan kegagalan pada hari ini penguat untuk hari esok. Selain tu, kita tahu rasa down tu macam mana, kalau orang terdekat kita pernah gagal kenapa tidak kita bantu mereka. Mereka pun rasa apa yang kita pernah rasa dahulu berada dalam kesempitan dan perlukan sokongan untuk bangkit balik. Pengalaman banyak mematangkan pemikiran :)
Surah Al-Baqarah ayat 216 ada menyebut "Boleh jadi kamu benci sesuatu sedangkan ia baik untuk kamu dan boleh jadi kamu suka sesuatu sedangkan ia buruk untuk kamu"

Lembaran Baru di Tahun Baru 3/365

Assalamualaikum. I'm backkk~ hahaha. Alhamdulillah hari ni hari ketiga pada tahun 2019 ni. Bersyukur sangat-sangat masih diberi peluan...