Friday, 15 May 2015

KHUTBAH ^^



SALAM SAYYIDUL AYYAM~~

HARI INI HARI JUMAAT. Kali ini, sampailah giliran Nasreddin Hodja menjadi imam solat Jumaat. Usai azan dilaungkan, beliau pun naik ke atas mimbar untuk berkhutbah.

Namun, tidak lama selepas beliau memulakan khutbahnya, beliau melihat para Jemaah sudah mula tersengguk-sengguk lantaran mengantuk.

Malah, ada sebahagiannya sudah lena dibuai mimpi.

Berang dengan kelakuan para Jemaah tersebut, maka berteriaklah sang Mullah,

Api! Api! Api!

Mendengar jeritan tersebut, para Jemaah menjadi kaget. Andai tadi lena diulit mimpi, kini sudah segar dan siap sedia untuk lari menyelamatkan diri.

Kesemua mereka menoleh ke kiri dan kanan, mencari-cari di manakah api kebakaran yang dikatakan oleh Mullah Nasreddin itu.

Di mana apinya, hai Mullah

Acuh tidak acuh dengan pertanyaan tersebut, Nasreddin Hodja meneruskan khutbahnya dengan berkata,

Sesungguhnya, api yang sangat dahsyat itu sedang menunggu orang yang alpa dalam ibadahnya.
#DON’T FORGET AL-KAHFI

Lembaran Baru di Tahun Baru 3/365

Assalamualaikum. I'm backkk~ hahaha. Alhamdulillah hari ni hari ketiga pada tahun 2019 ni. Bersyukur sangat-sangat masih diberi peluan...