Saturday, 5 September 2015

Surat Cinta Buat Ibu~


Kepada ibuku Aisah Md Hassan, tanpa mu tiada la kami di sini <3

Surat cinta buat ibu~
Ibu, betapa pntingnya diri mu dlam hdup kmi tiga beradik

Menyara kmi, menjaga kmi sjak kcil, menyekolahkan kmi, mmberi kmi duit poket wlaupn tdak seberapa nilainya tpi ank-ankmu ini sngat brsykur dngan pemberianmu wahai ibuku.

Engkau menanggung smua bebanan dalam perbelanjaan kmi, sjak ayah di dapati kanser usus, besar pengorbanan mu dalam kluarga ini.

Engkau juga ibu dan ayah kami, thu la kami kegunaan berniaga di psar malam adalah untuk menmbah pendapatan bgi menyara kmi tiga beradik yang semakin besar dan memerlukan pembiayaan yang banyak kelak

Maafkan kmi tiga beradik andai membuatmu terluka hati wahai ibu yang ku sayangi.
Kami tidak berniat untuk melukai hati mu, mohon jangan la engkau menyesal mempunyai anak seperti kami.

“Erra selaku anak kedua ingin memohon ampun dan maaf kepada mu”.
Kata-kata ini hanya tersekat pada kerongkong, tidak mmpu mengizharkan melalui lisan biarla perbuatan yang erra gunakan wahai ibuku.

Sungguh hatiku pilu apabila membaca nota kecilmu, yang menyatakan engkau “memohon maaf kerana tidak dapat menjadi ibu yang sempurna buat kami tiga beradik”.

Tidakk,, wahai ibuku.. Jangan berkata sedemikian rupa. Engkau la ibu yang paling sempurna pernah kami temui di dunia ini. Pahit jerih engkau lalui berseorangan.

Marahmu, bebelanmu dan sewaktu dengannya akan kami rindui nanti. Mohon jangan engkau berkecil hati dengan perangai kami tiga beradik. 

Luruh hati pabila engkau mengatakan, penatnya dirimu melahirkan kami tiga beradik lebih-lebih lagi anak yang bongsu terpaksa bermalam di wad sementara menunggu keluarnya anak satu-satunya lelaki dalam keluarga ini.

Tergamam hati pabila engkau mengatakan bahawa engkau tidak dapat menunaikan kemahuan kmi kerana ketidaksempurnaan mu..

Salah. Engkau salah wahai ibuku. Engkau sudah menunaikan semua kemahuan kami tiga beradik malah lebih seperti yang kami inginkan.

Ibu, mohon ampun dan maaf jika kami keterlanjuran kata bicara yang membuatkan hati mu terluka
Takutnya seorang anak apabila setitik air mata ibunya jatuh kelak jauhla bau syurga itu darinya. 

Ibuuuu,,maafkan kami. Baru sahaja engkau dikeluarkan dari hospital sekarang engkau hadapi pulak ujian yang baru. Tabah wahai ibuku. Sayang kami tak pernah pudar kerana baktinya engkau kepada kami tiga beradik.

Wahai ibu yang aku cintai, tunggu anak-anakmu ini. Akan erra bawakan segulung diploma buat mu ibu. Itu la azam erra sejak mula masuk ke kolej vokasional . Tunggu anak mu ini. 

Maa~ Allah sayang keluarga kita. Percaya cakap erra, tanda Allah s.w.t sayang adalah datangnya ujian Allah.  Allah rindu tangisan kita sekeluarga. Kta tidak memerlukan bahu untuk bersandar, yang kita butuh hanya la sejadah yang dibentangkan agar bersujud pada Rabb. Surah Al-Baqarah ayat 216 dan surah Al-Baqarah ayt 286. Pelihara iman wahai keluarga ku, agar tidak punah di mamah masa.

Sekian itu sahaja, dari anak mu yang tidak sempurna ini.  Semua yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari erra sendiri..Assalamualaikum~


No comments:

Post a Comment

Lembaran Baru di Tahun Baru 3/365

Assalamualaikum. I'm backkk~ hahaha. Alhamdulillah hari ni hari ketiga pada tahun 2019 ni. Bersyukur sangat-sangat masih diberi peluan...