Wahai ayah, engkau pelawak dalam keluarga ini,
Ke’blurr ‘an mu sangat meragut hati kami,
Engkau tidak perlu masuk maharaja lawak mega kerana engkau
memang nombor satu dalam hati kami.
Tanpa mu, keluarga ini pasti akan jadi kaku tanpa lawak dan
jenaka mu,
Ketawa mu membuatkan aku turut ketawa walaupun tidak tahu
hujung pangkal punca engkau ketawa.
Marahmu, paling kami geruni berbanding ibu tercinta,
Kerana marahmu yang jarang bertandang sesekali ia datang
seperti ribut dan petir.
Sifatmu yang terlalu risau membuatkan kami jatuh hati dengan
mu, risau mu melebihi risaunya seorang ibu,
Jika kami pergi ke mana-mana engkau la yang akan menelefon
kami selagi bateri telefonmu masih bernyawa.
Kalau ibu juga seperti ayah, malah engkau juga seperti ibu kerana sifat mu yang sangat mementingkan
keadaan di rumah memandangkan engkau berada dirumah kerana penyakit yang pernah
kau hadapi maka suri rumah la pekerjaanmu tika ini.
Engkau la yang selalu memasak di dapur dan sebagainya, bukan
tandanya ibu tidak menjalankan tanggungjawab tapi kerana kami tiga beradikla
ibu membuat pelbagai pekerjaan di luar sana,
Gabungan ibu dan ayah menjadikan keluarga kita menjadi
lengkap.
Asam garam rumah tangga perkara biasa, hormatnya kami tiga
beradik kerana kecekalan hati ibu dan ayah mengharungi ujian Allah dengan
kesabaran yang menggunung.
Dia la seorang ayah, apabila meminta bantuan, bukanlah
meminta tetapi lebih kepada satu arahan yang wajib untuk dipatuhi,
Ya seorang ayah yang menujukkan kuasa vetonya.
Mulutnya pabila marah membuatkan aku menahan ketawa dan akan
aku lepaskan di dalam bilik, kerana
mulutnya terkumat-kamit.
Pernah suatu ketika ada seseorang hamba Allah berkata,
keadaan aku apabila marah persis dengan ayahku,
Benar, kami sama. Tidak dapat aku bayangkan apa respon orang
sekeliling apabila melihatku marah.
Kerisauanmu terhadap ibu ketika dimasukkan ke wad emergency
membuatkan rasa takut hilang pada kami sekeluarga, kerana gugurnya air mata
seorang suami membuatkan ibu ketawa,
Dia lah seorang ayah dan suami, teringat kata-katanya kepada
ibu ketika itu “Ling, kenapa? Ling, kenapa? Ling kenapa? Sebanyak 3 kali. Ayah.
Ayah risaumu menunjukkan betapa romantiknya engkau waktu itu.
Pada pagi yang hening itu, kami bagaikan menyertai
pertandingan drift kereta betapa lajunya engkau membawa kereta terano yang
usang itu.
Ayah bukan la seorang yang romantik dan jiwang kata ibu, tetapi
wahai ibu romantic ayah ada pada perbuatan bukan kata-kata,
Sifat ayah yang cepat mengalah dengan kehendak ibu, sifat
ibu yang cepat mengalah dengan kehendak ayah membuatkan keluarga ini menjadi
serba lengkap.
Sifat ayah yang tidak pandai duduk diam di rumah, membuat
hati kecil ini menjerit risau, walaupun
tidak dibenarkan membuat kerja yang berat kerana bekas operation yang dihadapi
namun dia tetap berdegil,
Akhirnya, diri yang sakit x dapat bergerak bebas buat
beberapa hari,
Sungguh jika ada isu keluarga dibangkitkan, aku agak
sensitive.
Wahai ibu terima kasih kerana menerima ayah seadaanya, wahai
ayah terima kasih kerana menerima ibu seadaanya.
Wahai ibu, terima kasih kerana sabar menjaga ayah selama
ini, terpaksa ulang-alik ke k.k selama berbulan-bulan lamanya, kerana
appointment yang sarat, menghabiskan waktu cuti bersama ayah di hospital.
Wahai ayah, terima kasih kerana sabar dengan karenah ibu
yang kuat marah, dan sewaktu dengannya,kerana marah tanda sayang. Marah kerana
penat mencari rezeki buat keluarga, terima kasih kerana memahami perangai
masing-masing wahai ibu dan ayah tercinta.
Bahhh~ Allah sayang keluarga kita. Percaya cakap erra,
tanda sayangnya Allah s.w.t adalah datangnya ujian Allah. Allah rindu tangisan kita sekeluarga. Kta
tidak memerlukan bahu untuk bersandar, yang kita butuh hanya la sejadah yang
dibentangkan agar bersujud pada Rabb. Surah Al-Baqarah ayat 216 dan surah
Al-Baqarah ayt 286. Pelihara iman wahai keluarga ku, agar tidak punah di mamah
masa. Tidak perlu risaukan anak mu yang satu ini, kerana erra sudah besar
panjang. Apa yang babah perlu buat jaga
kesihatan bbah dengan baik , pelihara solatmu begitu jugak dengan mama. Maafkan kami tiga beradik jika pernah
terlukakan hati babah. We love our family.
In Shaa Allah, kita akan menjadi keluarga yang sakinah,
pegang erat tangan anak-anak dan isteri mu menuju ke Jannah Allah. Semoga Allah redha~ amin.
Sekian itu sahaja, dari anak mu yang tidak sempurna
ini. Semua yang baik datang dari Allah,
yang buruk datang dari erra sendiri..Assalamualaikum~

No comments:
Post a Comment