Semakin dikejar semakin kau lari,
Rela kau pergi dari hidup ini,
Mungkin kita tidak ditakdirkan bersama tapi tidak untuk satu hari nanti,
Kuat dan tabahlah wahai hati,
Jangan cepat mengalah dengan diri,
Mungkin ini hanya mainan dunia seisi,
Semakin hari kau luput dalam minda diri,
Hebatnya kuasa Ilahi,
Tarbiah yang halus menembusi hati,
Betapa pentingnya muhasabah diri,
Mengenang dosa yang pahit tidak terperi,
Takwa itu seperti melalui jalan penuh duri,
Melangkah dengan waspada dan berhati-hati,
Ternyata banyak liku-liku yang belum ditempuhi,
Jangan pernah ragu menjaga maruah diri,
Jangan pernah tergoda dengan ajakan duniawi,
Jika bersendirian, jangan merasa sepi kerana Rabb sentiasa mengawasi,
Jika sedih jangan pendam dalam hati,

Ada Allah tempat berbagi,
Jika marah, jaga fikiran dan hati,
Ada Allah tempat menenangkan diri,
Ada Allah tempat menenangkan diri,
Tak usah mengejar dunia, kerana ia akan lari,
Kejarlah akhirat kerana ia kekal abadi,
Ikhlas dari diri yang bakal dijemput Ilahi x lama lagi.

No comments:
Post a Comment