Sunday, 19 April 2015

YA ABIDAL HARAMAIN



Abid yang beribadah di dalam masjid, memang kelihatan suci kerana tidak tercemar dengan sebarang noda dan lumpur kehidupan.
Seorang daie yang bergadang di tengah masyarakat akan melakukan beberapa kesilapan itu dan ini. Maka, ibadah seorang abid kelihatan seperti peluh di keringat kuda perang yang ditunggangi seorang pahlawan yang menyabung nyawanya.
Jikalau abid itu wajahnya basah dengan air mata, maka para daie basah dengan keringat bergadang dengan pelbagai fitnah dan cabaran di tengah masyarakat.
Saat abid enak rukuk dan sujud beribadah di dalam masjid, daie bergadang mengislah umat dan menghadapi caci serta maki mereka dalam mengajak mereka kembali kepada Allah S.W.T.

Ini adalah pengajaran daripada puisi Ya Abidal Haramain,.
Antara rangkapnya :
Wahai manusia yang beribadah di dua Tanah Haram (Makkah dan Madinah), andaikan engkau melihat kami, tentu akan mengerti bahawa engkau bermain-main dalam ibadah engkau yang hanya lehernya bersimbah dengan air mata, sedangkan, pangkal leher kami berlimpah darah yang tertumpah.




KOLEKSI STATUS TERBAIK
“Dakwah untuk keluarga jangan sekali ditinggalkan, walaupun sibuk dengan dakwah yang bukan keluarga kita. Sesungguhnya yang pertama Rasulullah SAW capai adalah KELUARGANYA”.

“AKHLAK yang baik, itu sahaja sudah pun menjadi satu DAKWAH”.

“Dakwah bukan kerja mengumpul, pendengar dan kaki angguk. Dakwah adalah kerja pembaikan supaya lahir lebih ramai yang baik dalam kalangan mereka yang sebelumnya teruk”.

“Dakwah itu bermula dengan akhlak yang baik. Bukan petah berkata-kata ataupun pandai menulis. Tanpa akhlak yang baik, segalanya tidak punya makna, melainkan sekadar populis”.

“KERJA-KERJA DAKWAH INI BUKAN KERJA YANG BERSENANG-LENANG. BUKAN HANYA FIKIR, TETAPI PERLU MEMPERKASAKAN ZIKIR. BUKAN HANYA TAHU BERSUARA MEMBERI IDEA, TETAPI PERLU MELAKSANAKANNYA DALAM KEHIDUPAN KITA KERANA ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON YANG TIDAK BERBUAH”.

-hilalasyraf -

No comments:

Post a Comment

Lembaran Baru di Tahun Baru 3/365

Assalamualaikum. I'm backkk~ hahaha. Alhamdulillah hari ni hari ketiga pada tahun 2019 ni. Bersyukur sangat-sangat masih diberi peluan...