SALAM SAYYIDUL AYYAM~ :)
1.
Astaghfirullahaladzhim
baca x100
Sabda Nabi
s.a.w. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku
bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).
2.
Subhanallahi
wabihamdihi ,subhanallahil adzhim
Rasulullah
Saw bersabda : “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan,
dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat subhanallah
wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya,
Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” (HR Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072);
3.
Laillahaillah
x100
Dari Jabir
bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah
Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
4.
Hasbunallah
wanikmal wakil x100
Diriwayatkan
bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada
baginda –Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’Nabi Ibrahim
lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu. Aku hanya
memerlukan pertolongan dari Allah”.
“Hasbunallah
wa ni’mal wakil” itulah kalimat yang dikatakan oleh Nabi Ibrahim AS ketika akan
dilempar ke kobaran api. Nabi Ibrahim mempercayakan seluruh jiwa dan raganya
sepenuhnya kepada Allah, maka Allah berfirman “Hai api menjadi dinginlah, dan
menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”. Allah menjadikan api yang panas itu
dingin seketika. Dan Ibrahim pun tidak terbakar. Demikian halnya dengan
Rasulullah dan para sahabat ketika menghadapi ancaman dari pasukan kafir,
mereka juga mengucapkan “Hasbunallah wa ni’mal wakil” Cukuplah Allah menjadi
penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
5.
SubhanaAllah
walhamdulilla wallaillahaillah Allahu Akbar x 100
Dari Samuroh
bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2)
Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa
bagimu dengan mana saja kamu memulai” (HR. Muslim no. 2137)
6.
La Haula
wala Quwwata illa billah x 100
Dalam sebuah
hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang
Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku
tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan
syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala
Quwwata illa billah.”
7.
Allahumma
sholli ala sayyidina muhammad x 100
Firman Allah
Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi
segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)
Ini adalah
perkongsian daripada AF Ustaz Jafri
Mahmoodi....
Terima kasih
ustaz...
No comments:
Post a Comment