Saturday, 6 June 2015

Perlukah aku "bersyukur"??



Assalamualaikum (Waalaikumussalam) ! Haii korangg ! Alhamdulillah.. Masih lagi dipinjamkan mata, telinga, hidung, mulut, tangan dan semuaaaaaanya ! Syuqran Rabb ! Semoga segala pinjaman ALLAH memberi pulangan yang baik di sana nanti..Sebelum tu saya nk cakap sesuatu,,semua yang saya kongsikan dalam blog ni saya dapat dari group Usrah dan ada sesetengah daripada tu saya dapat dari buku jugak,,x elok kalau ada ilmu x kongsi dengan orang lain,,hihi..kiranya saya ni "copycat yg baik"..Kalau nk buat sendiri nanti lelebih plak(ajaran sesat) hihihi~ Okay.. Jom, entry kali ni dari "prof"..Prof nak suntik sikit vitamin iman pada kita semua.

Usrah sinaran bahagia~

Perlukah aku bersyukur

Lepas mak ayah bagi duit, apa kita ckp
" trime kasih mak , abah.."

Lepas kawan belanja makan, apa kita ckp
" thanks bro ! "

Lepas adik bradik belanja shopping, apa kita ckp
" syuqran angah, along ! "

Persoalannya ? Perlu ke kita berterima kasih

Ha?.. Pentingnya ucapan terima kasih ni supaya org yang bermurah hati dengan kita tu tak terasa hati malah lebih rasa dihargai.. Orang dah buat baik dgn kita, takkan kita nak buat jahat dgn dia kan ? Ada ke kalau orang bg bunga kat kita pastu kita lempar pasu ? Tak dak kan.. Mesti kita lemparkan senyuman.. Ha..

So, perlukah kita bersyukur ?
Kenapa kena bersyukur ?
Wajib ke ?
Haihh..

Konsepnya sama mcm terima kasih tadi .

Tau tak kenapa wujud golongan2 yang derhaka dengan ibu bapa ?
Golongan2 yang tamak ?
Golongan2 yang dengki sesama sendiri ?
Golongan2 yang lebih kepada sifat mazmumah ?

Kerana GOLONGAN-GOLONGAN NI TAK PERNAH BERSYUKUR

Sebab apa ?

 Kalau mereka bersyukur dgn ibu bapa mereka, mereka takkan derhaka.
 Kalau mereka bersyukur dengan harta yg mereka ada, mereka takkan tamak.
 Kalau mereka bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan yang ALLAH beri, mereka takkan dengki mendengki sesama sendiri.

Pointnya hanya , kalau mereka BERSYUKUR .

Nampak tak impak bersyukur ni ?
Banyak perkara buruk yang akan berlaku kalau kita tak bersyukur.

Tau dak.. Sebenarnya bersyukur ni adalah salah satu rawatan hati yang berkesan..
Once kita bersyukur, maknanya kita senang dengan pemberian ALLAH, hidup akan lebih bahagia , takkan rasa nak dengki dgn org, takkan rasa nak iri hati dgn org, malah akan rasa rendah diri dan sifat kehambaan tu makin kuat??

Orang yang beriman adalah mereka yang sentiasa melafazkan kesyukuran kepada ALLAH

So,
Jangan jadi sombong dengan ALLAH .
Jangan bongkak dengan nikmat yang ALLAH beri.

Kerana bila2 masa ja ALLAH boleh tarik balik nikmat tu..

Remember, ALLAH tanpa antum, takkan rugi apa2, kerana ramai lg yang setia dgnNYA. Tapi antum tanpa ALLAH, selama2nya hidup takkan bahagia!  Remember that ~

Reminder :

Jangan lupa hadiahkan Al-Fatihah pada Rasulullah, keluarga serta sahabat Baginda.
Jangan lupa juga hadiahkan Al-Fatihah untuk mak ayah dan keluarga kita.

And!  Jangan lupa refresh niat. Okay~

Semoga urusan antum semua dipermudahkan ALLAH. ALLAHumma aamiin..

Ukhti Atiqah / Prof Khaulah

- Tinta Dakwah USB -

No comments:

Post a Comment

Lembaran Baru di Tahun Baru 3/365

Assalamualaikum. I'm backkk~ hahaha. Alhamdulillah hari ni hari ketiga pada tahun 2019 ni. Bersyukur sangat-sangat masih diberi peluan...