Friday, 4 September 2015

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM~



CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM

Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga


Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won¡¯t touch her.
Not even the slightest bit.
You¡¯ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


¡°Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.¡±
(HR. Al-Hakim)

Sunday, 30 August 2015

Menghidupkan Jiwa

Sbelum sya meneruskan entry kli ni, sya ingin mengatakan article yg sya akn kemukan ini dari sebuah buku brtjuk "Tinta 2 Asyraf". Buku ini sya pnjam dari sahabat Jannah sya yg comel loteh xD. Sya seorang yg tdak suka, bljar dan mengthui ssuatu yg sgt brguna seorang2. Oleh itu, sya ingin berkongsi sdkit ap yg sya bca ptg ini. Bismillah~

-Menghidupkan Jiwa-

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana jiwa boleh mati?  Jawapan saya mudah. Jiwa boleh mati apabila berjauhan dengan Allah s.w.t. Mungkin jawapan ini kelihatan remeh, tetapi untuk menusia yang percaya bahawa akhirat adalah destinasi akhirnya, perkara ini kelihatan besar.
     Dan hakikatny, itu satu kebenaran, Jiwa semakin melemah, dan akhirnya mati kerana ia jauh daripada Allah s.w.t. Akan ada lompong dalam jiwa, yang akhirnya memunculkan rasa tidak senang, rasa gelisah, rasa resah. Jikalau pada wajah kita tersenyum pun dalam hati tetap rasa gundah. Kita rasa hidup tidak bermakna, buat itu buat ini tidak berharga.
     Kita rasa kosong. Rasa itu ini adalah palsu. Rasa gelap.
Itulah dia perasaan orang yang mati jiwanya. Mungkin sahaja dia hidup seperti manusia lain, belajar seperti orang lain, kerja seperti orang lain, ada kawan-kawan, ada keluarga, masa hari raya dia gembira, masa terluka dia bersedih. Tetapi, dia melalui semua itu dengan kosong. 
     Sebab jiwanya sudah mati. 
Dia jauh daripada Allah s.w.t.

- Jalan Menghidupkan Jiwa Hanya Satu-

 Jalan menghidupkan jiwa hanya satu. Itu lah dia menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. tiada jalan lain untuk menghidupkan jiwa. Meditasi, tafakur, di dalam gua, berseorangan, semuanya tiada makna jikalau ia tidak berhubung dengan Allah s.w.t.
     Sebab itu, kita sebagai manusia perlu melihat kembali hubungan dengan Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi yang merasakan jiwanya kosong, gelap, gundah, resah, dan 1001 lagi perasaan yang tidak senang dalam jiwa dan kehidupannya.
     Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah s.w.t.? Soal diri
Kemudian, lihat kehidupan kita. Dengan apa kita isi? kebaikan kah? keburukkan kah? Jikalau kita rasa kita sudah isi dengan kebaikan, kita lihat pula bagaimana kebaikan itu kita isi. Benarkah kita lakukan semua kebaikan itu dengan harapan mahukan redha Allah s.w.t., mahukan kasih sayang-Nya, mahukan cinta-Nya? Ataupun kita buat baik sebab itu adat, orang lain buat?
     Matlamat dalam beribadah adalah sesuatu perkara yang penting. Jikalau beribadah, solat membaca Al-Quran, bukan kerana Allah s.w.t., tetap ketenangan itu tidak hadir. Benda ini perlu kita perhatikan dengan serius.

"Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan setiap manusia itu apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia untuk habuannya, ataupun kerana perempuan untuk dinikahinya, maka hijrahnya akan ke arah apa yang dihijrahkannya"
(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

In Shaa Allah, jikalau kita melihat semula perkara ini, dan kita koreksi satu per satu, bawa kembali diri kita untuk berhubung dengan Allah s.w.t., maka jiwa kita akan kembali hidup. 
     Cuma jelasnya, tiada yang mampu menghidupkan jiwa kita selain daripada pencipta jiwa itu sendiri. Siapakah pencipta jiwa? Dialah Allah s.w.t. 

Sunday, 26 July 2015

Sampai Bila?

Assalamulaikum, sahabat smua..assif lma x update entry..bz skit..Masih belum terlambat, sy ingin mngucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN" mohon ampun dri hjung rmbut hngga hjung kaki, jika selama sy meng'update (rosak tatabahasa) ad trkasar bhasa, terkcikkan hti sahabat smada sedar ataupun tak..maaf100x ..mcam mna raya thun ni? msti best kan..hihi..sy raya dkat kg Sipitang,sabah(kg mak), Lawas,sarawak(kg ayh), sy ad family yg bsar so mmg best sgt2 lgi-lgi thun ni ktorang blik kg sgt2 la lma..sllunya ktorang raya ketiga dh blik rmah dh..Raya raya jgak yea korang,, puasa enam jgan tinggai naa~ "Sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan, kmudian disusulinya dengan puasa enam di bulan syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang thun" Rugi kan klau x buat puasa enam ni..so?? jom puasa enam, isnin ni..yeahh!! blik kpada tjuk kta hrini, SAMPAI BILA? 

Andai menunggu bersedia, sampai kapan ingin berubah.
Andai menunggu bersedia, sampai kapan peroleh hidayah.
Bulan takkan jatuh ke riba, kucing takkan bertanduk.
Jadi, bila ingin bertindak? Bila ingin berubah?
Menunggu tanda-tanda kiamat kah? Negara arab yang dulunya bumi yang penuh dengan pasir dan kehangatan yang kemuncak, kni ditumbuhi tumbuhan-tumbuhan yang  hijau. 
Apalagi yang di tunggu? Apalagi yang dinanti?
Tidak cukup lagi kah semua benda yang kita lihat?
Dunia sudah tenat, laman sosial penuh dengan fitnah. 
Diri ini takut untuk berlama-lama meminjam oksigen di bumi ini.
Takut. Teramat takut. Allah sahaja yang tahu.
Takut dengan fitnah-fitnah yang bakal tiba. 
Takut diri terpedaya dengan semua itu.
Jika diberikan pilihan, diri ini ingin kembali kepada Allah kerana takutnya hidup di alam fana yang penuh kepura-puraan ini.
Tapi. Tapi amalku belum cukup untuk dibawa kesana~
Adakah apa yang selama ini dilakukan diterima olehNya? Ikhlaskah dri ini? khusyuk kah dri ini melakukan ibadah? Allah~
Sebagai penutup bicara, kata-kata Ahmad Ammar sering terngiang-ngiang di fkiran bahawa 'Dunia bukan tempat berehat' 
Moga pada bulan syawal yang indah ini semua saudara-saudara seislamku tetap istiqomah sehingga nafas yg trkhir. 
Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.

- Maaf jika penulisan x smpurna sbb smua tu dtg dri sya sndri, sy buat msa free kengkawan smua tdo, sy x dpat tdo, so ttba nk buat bnda ni dan tercetusla idea yg x sbrapa ni..hihi..*no copycat*. Kita ni bila nk ajak someone ke arah kebaikan kna la slow-slow, step by step, kna ikut arus angin monsun tu, ke barat daya ke atau timur laut ke..hahha.."merepek* lgpun sy tngok diorang bnyk brbah smnjak dua menjak ni..dari x pkai tdung, skrg 24 seven pkai..in shaa Allah..smua brmula dgn niat~ ;) :)
Sahabat till jannah..Amin~ (love 2 pengurusan perniagaan -2015-)

Monday, 15 June 2015

Wanita Syahidah Pertama dalam Islam

Sumayyah binti Khayyat: Wanita Syahidah Pertama dalam Islam

Dialah Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughirah. Beliau dinikahi oleh Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Makkah, sehingga tak ada kabilah yang dapat membelanya, menolongnya, dan mencegah kezaliman atas dirinya. Dia hidup sebatang kara, sehingga posisinya sulit di bawah aturan yang berlaku pada masa jahiliah.
Begitulah Yasir mendapati dirinya menyerahkan perlindungannya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Hudzaifah, yang dia dinikahkan dengan budak wanita bernama Sumayyah, tokoh yang kita bicarakan ini, dan beliau hidup bersamanya serta tenteram bersamanya. Tidak berselang lama dari pernikahannya, lahirnya anak mereka berdua yang bernama Ammar dan Ubaidullah.
Tatkala Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki, beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah kepada beliau. Berpikirlah Ammar bin Yasir sebagaimana yang dipikirkan oleh penduduk Makkah, sehingga kesungguhan beliau dalam berfikir dan lurusnya fitrah beliau, menggiringnya untuk memeluk dinul Islam.
Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lazatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya. Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata, Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh berkah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya. Sumayyah pun menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.
Dari sinilah dimulainya sejarah yang agung bagi Sumayyah binti Khayyat, yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam dan sejak fajar terbit untuk yang pertama kalinya.

Penyiksaan kaum kafir Quraisy kepada Sumayyah binti Khayyat.

Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, kerana Ammar dan keluarganya tidak memungkiri bahwa mereka telah masuk Islam, bahkan mereka mengumumkan keislamannya dengan kuat sehingga orang-orang kafir tidak menanggapinya melainkan dengan pertentangan dan permusuhan.
Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan bermacam-macam siksaan agar mereka keluar dari din mereka, mereka memaksa dengan cara mengeluarkan mereka ke padang pasir tatkala keadaannya sangat panas dan menyengat. Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan di atas dadanya sebongkah batu yang berat. Akan tetapi, tiada terdengar rintihan atau pun ratapan, melainkan ucapan, “Ahad … Ahad ….” Sumayyah binti Khayyat ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Yasir, Ammar, dan Bilal.
Suatu ketika, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyaksikan keluarga muslim tersebut yang 
 tengah disiksa dengan kejam, maka beliau mengadahkan ke langit dan berseru,

صَتْرًاآلَ يَاسِرٍفَإِ نِّ مَوْعِدَكُمُ الْجَنَّةُ

Bersabarlah, wahai keluarga Yasir, karena sesungguhnya tempat kembali kalian adalah surga.”
Sumayyah binti Khayyat mendengar seruan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam maka beliau bertambah tegar dan optimis. Dengan kewibawaan imannya, dia mengulang-ulang dengan berani, “Aku bersaksi bahwa engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahwa janjimu adalah benar.”
Begitulah, Sumayyah binti Khayyat telah merasakan kelazatan dan manisnya iman sehingga bagi beliau kematian adalah sesuatu yang remeh dalam rangka memperjuangkan akidahnya. Hatinya telah dipenuhi kebesaran Allah subhanahu wa ta’ala, maka dia menganggap kecil setiap siksaan yang dilakukan oleh para tagut yang zalim; mereka tidak kuasa menggeser keimanan dan keyakinannya, sekalipun hanya satu langkah semut.
Sementara Yasir telah mengambil keputusan sebagaimana yang dia lihat dan dia dengar dari istrinya,Sumayyah binti Khayyat pun telah mematrikan dalam dirinya untuk bersama-sama dengan suaminya meraih kejayaan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Tatkala para tagut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang-ulang oleh Sumayyah binti Khayyat maka musuh Allah, "Abu Jahal" melampiaskan keberangannya kepada Sumayyah dengan menusukkan sangkur yang berada dalam genggamannya kepada Sumayyah binti Khayyat. Terbanglah nyawa beliau dari raganya yang beriman dan suci bersih. Beliau adalah wanita pertama yang syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan, beliau telah mengerahkan segala yang beliau miliki dan menganggap remeh kematian dalam rangka memperjuangkan imannya. Beliau telah mengorbankan nyawanya yang mahal, dalam rangka meraih keredhaan Rabbnya. Mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanan.

Sumber: Mereka adalah Para Shahabiyah, Mahmud Mahdi Al-Istanbuli dan Musthafa Abu An-Nashir Asy-Syalabi, Pustaka At-Tibyan, Cetakan ke-10, 2009.
#C/P :)

Monday, 8 June 2015

SAHABAT~~





"Wehh,,berapa orang sahabat kau?"
"Nanti, tunggu aku susah, aku kira"

Siapa yang digelar sahabat?
Ya, ramai 'kawan' dari sahabat.
Yang benar benar sahabat itu.
Sikit bilangannya.
Kadang kau rasa yang rapat dengan kau tu.
Yang dengar kisah simpati kau tu,
Itu lah sahabat
Tapi kau salah,
Itu lah yang dalam senyap senyap cuba tikam kau dari belakang.
Itu lah yang senyap senyap simpan sedikit demi sedikit aib kau.
Dipanggil sahabat ke bila dia tolak kau ke neraka?

"Ala dia kawan je pun. Bukan sesiapa"

Ya. Dia bukan sesiapa.
Bila berkawan dengan penjual wangi wangian.
Kau akan dapat bau wangi tu.
Tapi kalau berkawan dengan tukang buat besi.
Hanya percikkan api yang kau rasa.

Memang kawan itu bukan sesiapa.
Tapi mereka salah seorang.
Yang membawa kau sama ada ke syurga atau neraka.

Ingat, kawan yang bercakap lepas tapi teguran dia ingat sampai mati.
Lagi baik dari kawan yang berdiam diri dari menegur salah kau.
Sebab, sahabat yang berdiam saat kau buat kesalahan.
Dia pentingkan diri dia sendiri.
Dia sikit pun tak sayang kau.
Sebab bagi dia.
Kau siapa? Tiada kaitan dengan dia.
Kau tak penting pun bagi dia.
Biar kau masuk neraka dan dia bahagia disyurga.

Itu kau panggil sahabat?
Bukan nama sahabat kalau dia bawa kau lari jauh,
Dari mengenal diri dan Tuhan kau sendiri.
Bukan dia nak bajet alim, bukan nak bajet ustaz/ustazah.
Tapi sebab dia taknak duduk syurga sorang sorang.
Dia nak duduk dan melangkah ke syurga bersama kau.
Ya, kau.
sahabat dia yang bukan saja selalu lepak didunia tapi insyaAllah hingga syurga.

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) " [43:67]

Mohon jaga hubungan ukhwah  kita sesama islam,,apapun yang terjadi sabar sabar dan terus bersabar..keep smilee~ :)

Saturday, 6 June 2015

Perlukah aku "bersyukur"??



Assalamualaikum (Waalaikumussalam) ! Haii korangg ! Alhamdulillah.. Masih lagi dipinjamkan mata, telinga, hidung, mulut, tangan dan semuaaaaaanya ! Syuqran Rabb ! Semoga segala pinjaman ALLAH memberi pulangan yang baik di sana nanti..Sebelum tu saya nk cakap sesuatu,,semua yang saya kongsikan dalam blog ni saya dapat dari group Usrah dan ada sesetengah daripada tu saya dapat dari buku jugak,,x elok kalau ada ilmu x kongsi dengan orang lain,,hihi..kiranya saya ni "copycat yg baik"..Kalau nk buat sendiri nanti lelebih plak(ajaran sesat) hihihi~ Okay.. Jom, entry kali ni dari "prof"..Prof nak suntik sikit vitamin iman pada kita semua.

Usrah sinaran bahagia~

Perlukah aku bersyukur

Lepas mak ayah bagi duit, apa kita ckp
" trime kasih mak , abah.."

Lepas kawan belanja makan, apa kita ckp
" thanks bro ! "

Lepas adik bradik belanja shopping, apa kita ckp
" syuqran angah, along ! "

Persoalannya ? Perlu ke kita berterima kasih

Ha?.. Pentingnya ucapan terima kasih ni supaya org yang bermurah hati dengan kita tu tak terasa hati malah lebih rasa dihargai.. Orang dah buat baik dgn kita, takkan kita nak buat jahat dgn dia kan ? Ada ke kalau orang bg bunga kat kita pastu kita lempar pasu ? Tak dak kan.. Mesti kita lemparkan senyuman.. Ha..

So, perlukah kita bersyukur ?
Kenapa kena bersyukur ?
Wajib ke ?
Haihh..

Konsepnya sama mcm terima kasih tadi .

Tau tak kenapa wujud golongan2 yang derhaka dengan ibu bapa ?
Golongan2 yang tamak ?
Golongan2 yang dengki sesama sendiri ?
Golongan2 yang lebih kepada sifat mazmumah ?

Kerana GOLONGAN-GOLONGAN NI TAK PERNAH BERSYUKUR

Sebab apa ?

 Kalau mereka bersyukur dgn ibu bapa mereka, mereka takkan derhaka.
 Kalau mereka bersyukur dengan harta yg mereka ada, mereka takkan tamak.
 Kalau mereka bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan yang ALLAH beri, mereka takkan dengki mendengki sesama sendiri.

Pointnya hanya , kalau mereka BERSYUKUR .

Nampak tak impak bersyukur ni ?
Banyak perkara buruk yang akan berlaku kalau kita tak bersyukur.

Tau dak.. Sebenarnya bersyukur ni adalah salah satu rawatan hati yang berkesan..
Once kita bersyukur, maknanya kita senang dengan pemberian ALLAH, hidup akan lebih bahagia , takkan rasa nak dengki dgn org, takkan rasa nak iri hati dgn org, malah akan rasa rendah diri dan sifat kehambaan tu makin kuat??

Orang yang beriman adalah mereka yang sentiasa melafazkan kesyukuran kepada ALLAH

So,
Jangan jadi sombong dengan ALLAH .
Jangan bongkak dengan nikmat yang ALLAH beri.

Kerana bila2 masa ja ALLAH boleh tarik balik nikmat tu..

Remember, ALLAH tanpa antum, takkan rugi apa2, kerana ramai lg yang setia dgnNYA. Tapi antum tanpa ALLAH, selama2nya hidup takkan bahagia!  Remember that ~

Reminder :

Jangan lupa hadiahkan Al-Fatihah pada Rasulullah, keluarga serta sahabat Baginda.
Jangan lupa juga hadiahkan Al-Fatihah untuk mak ayah dan keluarga kita.

And!  Jangan lupa refresh niat. Okay~

Semoga urusan antum semua dipermudahkan ALLAH. ALLAHumma aamiin..

Ukhti Atiqah / Prof Khaulah

- Tinta Dakwah USB -

Thursday, 4 June 2015

CARILAH KEMBALI USRAHMU!



maaf~ lma x update post,,bz exam :) ..

kalau nak cakap pasal usrah..
kena tahu kenapa kita nak usrah dulu?
kenapa kita dikenalkan dengan usrah dulu?
kenapa?kenapa?

sebab USRAH tu NADI TARBIYAH..
NADI DAKWAH..
apa jadi kalau nadi kita terhenti??
kita mati kan?

Cuba bayangkan kita-kita ni anak usrah as-syahid Hasan Al- Banna??
bayangkan..
ada kita nak buat alasan-alasan mcm di atas??

Mesti kita punya iman berapi-api nak buat dakwah..
hari-hari fikir nk dakwah dimana,
siapa yg kita nak ajak,
kat mana lagi kawasan yg belum ada tarbiah islam..
kawasan mana lagi yg tertinggal..
kawasan mana lagi yg tak cukup orang..
kita hantar jundi kita ke sana..

dakwah jalan mcm ribut puting beliung!
sapa yg lalu depan kita, kita nak dakwah..
sapa yg jalan dgn kita, kita bawak pegi dakwah..
dengar je ada org nak belajar islam,
pasti waktu tu tengah makan pun berhenti,..
cepat-cepat tya sapa org tu, kat mana dia tinggal..
jom, sekrang jugak kita jumpa dia..
pasti hari-hari kita tidur dgn sagt sedikit kerana seronoknya bekerja di jalan dakwah..
betul tak?

Tapi sayangnya..benda ni tak berlaku..

kita ni yang faham manhaj tarbiah yg Imam Hassan Al Banna bawak ni pun penuh keluh kesah..
Usrah Kering kontang..
takdak nyawa..takdak roh..
yang ada jasad-jasad keterpaksaan..
Usrah takde peningkatan..sama je dari dulu..
Usrah mengantuk..bincang tak masuk..
Futur dalam usrah..
sebab niat datang usrah dah lain..
Bukan kerana Allah..
mula-mula datang selang seli..
pastu tak datang terus..
seronok lagi hidup tanpa usrah..
boleh enjoy..
boleh buat banyak benda lain dari pegi usrah dua jam..
usrah buang masa, buang tenaga dan buang duit je..

Tapi apa yg buat orang dulu boleh stay dengan usrah?
kalau nak tau, bukan kita je yg rasa macam tu..
ramai lagi senior-senior kita yang rasa mcm tu..
malah lebih teruk lagi..
silibus usrah boleh hafal dari kulit ke kulit..
betapa lamanya berada di fasa yang sama..
tapi kenapa mereka boleh bertahan??

Kenapa ada kakak yg sanggup datang kepada kita jauh-jauh
drive berjam-jam..
semata nak jumpa kita yang macam lari tak lari dari usrah..
tu pun tak sampai 10 minit jumpa..
takde sepatah pun perkataan dakwah yg keluar!
kenapa dia still contact kita even 20 sms dr dia..
satu je yg kita balas..itupun kita balas "ok"..je

Satu je saya percaya dalam hati..
"Allah yg hantar kakak tu pada saya.."


Ini kisah saya..kisah orang biasa..
saya tau, di luar sana ada ramai lg yg lebih faqih dari saya
tapi kenapa saya masih boleh berada di jalan tarbiah..
masih boleh ikut usrah..
ada masa saya futur, ada masa sy okey..

saya pernah jugak terfikir tak nak terlibat dgn jalan ni..
tak nak pegi usrah..tak nak pegi pgram..
tau apa jadi dengan saya..??
saya jadi sangat lagho..
futur..
tak semangat nak buat kebaikan..
jiwa kosong..lost!
hari-hari bertarung dengan syaitan..
hati jadi sakit yg tak boleh nk cerita..
sebab walaupun ramai org sekeliling saya, tp tetap sy rasa sunyi..
sunyi sangat..
kadang-kadang cuba sibukkan diri dgn pgram ilmiah yg lain..
tapi tak sama..
TAK SAMA!memang takkan sama!

SAYA TETAP NAK USRAH!
kerana usrah tu sendiri!!
kerana usrah tu ada hatinya sendiri!!

~HATI YG MENGHIDUPKAN HATI YG MATI~

suka @ tak..best ke tak..bosan tahap gaban pun..
biar kena marah, biarlah usrahmates yg tak lovey dovey..
biarlah naqib/naqibah garang mcm singa hutan pun..
USRAH TETAP KENA PEGI!!
usrah tu ada jiwa yg mendidik.. walaupun dapat pegi 10 minit je.
tetap kena datang!
even hidup rasa lengkap dgn suami/isteri, anak-anak, kerjaya yg cantik, rumah yg besar..
usrah tetap kena cari..
sebab roh usrah tu penting untuk dibiaskan pada ahli keluarga!

Percayalah,
KALAU KITA LARI DARI MEDAN TARBIAH..
KITA SEMAKIN MENDEKATI MEDAN JAHILIAH..
Untuk sahabat diluar sana..
mungkin ada yg pernah ikut usrah, tp dah lama tinggalkan..
mungkin ada yg baru tergerak nak pegi usrah..
mungkin jugak yg mengalami situasi ini..

CARILAH KEMBALI USRAHMU!

YA!carilah balik usrah kita yg dulu..
hidupkanlah balik hati-hati kita..
Biar hati kita merah kembali dengan darah tarbiah..
biar hati kita segar kembali dengan ukhwah..
Biar hati kita terikat kembali dengan akar akidah..
Biar roh-roh kita ini bersatu di Jannah!

Lembaran Baru di Tahun Baru 3/365

Assalamualaikum. I'm backkk~ hahaha. Alhamdulillah hari ni hari ketiga pada tahun 2019 ni. Bersyukur sangat-sangat masih diberi peluan...