Saturday, 5 September 2015

Surat Cinta Buat Ayah~



"You're my HERO"

Surat cinta buat ayah~

Wahai ayah, engkau pelawak dalam keluarga ini,
Ke’blurr ‘an mu sangat meragut hati kami,
Engkau tidak perlu masuk maharaja lawak mega kerana engkau memang nombor satu dalam hati kami.

Tanpa mu, keluarga ini pasti akan jadi kaku tanpa lawak dan jenaka mu,
Ketawa mu membuatkan aku turut ketawa walaupun tidak tahu hujung pangkal punca engkau ketawa.

Marahmu, paling kami geruni berbanding ibu tercinta,
Kerana marahmu yang jarang bertandang sesekali ia datang seperti ribut dan petir.

Sifatmu yang terlalu risau membuatkan kami jatuh hati dengan mu, risau mu melebihi risaunya seorang ibu,
Jika kami pergi ke mana-mana engkau la yang akan menelefon kami selagi bateri telefonmu masih bernyawa.

Kalau ibu juga seperti ayah, malah engkau juga seperti  ibu kerana sifat mu yang sangat mementingkan keadaan di rumah memandangkan engkau berada dirumah kerana penyakit yang pernah kau hadapi maka suri rumah la pekerjaanmu tika ini.

Engkau la yang selalu memasak di dapur dan sebagainya, bukan tandanya ibu tidak menjalankan tanggungjawab tapi kerana kami tiga beradikla ibu membuat pelbagai pekerjaan di luar sana,
Gabungan ibu dan ayah menjadikan keluarga kita menjadi lengkap.

Asam garam rumah tangga perkara biasa, hormatnya kami tiga beradik kerana kecekalan hati ibu dan ayah mengharungi ujian Allah dengan kesabaran yang menggunung.

Dia la seorang ayah, apabila meminta bantuan, bukanlah meminta tetapi lebih kepada satu arahan yang wajib untuk dipatuhi,
Ya seorang ayah yang menujukkan kuasa vetonya.

Mulutnya pabila marah membuatkan aku menahan ketawa dan akan aku lepaskan di dalam bilik,  kerana mulutnya terkumat-kamit.
Pernah suatu ketika ada seseorang hamba Allah berkata, keadaan aku apabila marah persis dengan ayahku,
Benar, kami sama. Tidak dapat aku bayangkan apa respon orang sekeliling apabila melihatku marah.

Kerisauanmu terhadap ibu ketika dimasukkan ke wad emergency membuatkan rasa takut hilang pada kami sekeluarga, kerana gugurnya air mata seorang suami membuatkan ibu ketawa, 

Dia lah seorang ayah dan suami, teringat kata-katanya kepada ibu ketika itu “Ling, kenapa? Ling, kenapa? Ling kenapa? Sebanyak 3 kali. Ayah. Ayah risaumu menunjukkan betapa romantiknya engkau waktu itu.

Pada pagi yang hening itu, kami bagaikan menyertai pertandingan drift kereta betapa lajunya engkau membawa kereta terano yang usang itu.

Ayah bukan la seorang yang romantik dan jiwang kata ibu, tetapi wahai ibu romantic ayah ada pada perbuatan bukan kata-kata,
Sifat ayah yang cepat mengalah dengan kehendak ibu, sifat ibu yang cepat mengalah dengan kehendak ayah membuatkan keluarga ini menjadi serba lengkap. 

Sifat ayah yang tidak pandai duduk diam di rumah, membuat hati kecil ini menjerit risau,  walaupun tidak dibenarkan membuat kerja yang berat kerana bekas operation yang dihadapi namun dia tetap berdegil,
Akhirnya, diri yang sakit x dapat bergerak bebas buat beberapa hari,
Sungguh jika ada isu keluarga dibangkitkan, aku agak sensitive.

Wahai ibu terima kasih kerana menerima ayah seadaanya, wahai ayah terima kasih kerana menerima ibu seadaanya.
Wahai ibu, terima kasih kerana sabar menjaga ayah selama ini, terpaksa ulang-alik ke k.k selama berbulan-bulan lamanya, kerana appointment yang sarat, menghabiskan waktu cuti bersama ayah di hospital.
Wahai ayah, terima kasih kerana sabar dengan karenah ibu yang kuat marah, dan sewaktu dengannya,kerana marah tanda sayang. Marah kerana penat mencari rezeki buat keluarga, terima kasih kerana memahami perangai masing-masing wahai ibu dan ayah tercinta.

Bahhh~ Allah sayang keluarga kita. Percaya cakap erra, tanda  sayangnya Allah s.w.t  adalah datangnya ujian Allah.  Allah rindu tangisan kita sekeluarga. Kta tidak memerlukan bahu untuk bersandar, yang kita butuh hanya la sejadah yang dibentangkan agar bersujud pada Rabb. Surah Al-Baqarah ayat 216 dan surah Al-Baqarah ayt 286. Pelihara iman wahai keluarga ku, agar tidak punah di mamah masa. Tidak perlu risaukan anak mu yang satu ini, kerana erra sudah besar panjang.  Apa yang babah perlu buat jaga kesihatan bbah dengan baik , pelihara solatmu begitu jugak dengan mama.  Maafkan kami tiga beradik jika pernah terlukakan hati babah. We love our family.
In Shaa Allah, kita akan menjadi keluarga yang sakinah, pegang erat tangan anak-anak dan isteri mu menuju ke Jannah Allah.  Semoga Allah redha~ amin.

Sekian itu sahaja, dari anak mu yang tidak sempurna ini.  Semua yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari erra sendiri..Assalamualaikum~

Surat Cinta Buat Ibu~


Kepada ibuku Aisah Md Hassan, tanpa mu tiada la kami di sini <3

Surat cinta buat ibu~
Ibu, betapa pntingnya diri mu dlam hdup kmi tiga beradik

Menyara kmi, menjaga kmi sjak kcil, menyekolahkan kmi, mmberi kmi duit poket wlaupn tdak seberapa nilainya tpi ank-ankmu ini sngat brsykur dngan pemberianmu wahai ibuku.

Engkau menanggung smua bebanan dalam perbelanjaan kmi, sjak ayah di dapati kanser usus, besar pengorbanan mu dalam kluarga ini.

Engkau juga ibu dan ayah kami, thu la kami kegunaan berniaga di psar malam adalah untuk menmbah pendapatan bgi menyara kmi tiga beradik yang semakin besar dan memerlukan pembiayaan yang banyak kelak

Maafkan kmi tiga beradik andai membuatmu terluka hati wahai ibu yang ku sayangi.
Kami tidak berniat untuk melukai hati mu, mohon jangan la engkau menyesal mempunyai anak seperti kami.

“Erra selaku anak kedua ingin memohon ampun dan maaf kepada mu”.
Kata-kata ini hanya tersekat pada kerongkong, tidak mmpu mengizharkan melalui lisan biarla perbuatan yang erra gunakan wahai ibuku.

Sungguh hatiku pilu apabila membaca nota kecilmu, yang menyatakan engkau “memohon maaf kerana tidak dapat menjadi ibu yang sempurna buat kami tiga beradik”.

Tidakk,, wahai ibuku.. Jangan berkata sedemikian rupa. Engkau la ibu yang paling sempurna pernah kami temui di dunia ini. Pahit jerih engkau lalui berseorangan.

Marahmu, bebelanmu dan sewaktu dengannya akan kami rindui nanti. Mohon jangan engkau berkecil hati dengan perangai kami tiga beradik. 

Luruh hati pabila engkau mengatakan, penatnya dirimu melahirkan kami tiga beradik lebih-lebih lagi anak yang bongsu terpaksa bermalam di wad sementara menunggu keluarnya anak satu-satunya lelaki dalam keluarga ini.

Tergamam hati pabila engkau mengatakan bahawa engkau tidak dapat menunaikan kemahuan kmi kerana ketidaksempurnaan mu..

Salah. Engkau salah wahai ibuku. Engkau sudah menunaikan semua kemahuan kami tiga beradik malah lebih seperti yang kami inginkan.

Ibu, mohon ampun dan maaf jika kami keterlanjuran kata bicara yang membuatkan hati mu terluka
Takutnya seorang anak apabila setitik air mata ibunya jatuh kelak jauhla bau syurga itu darinya. 

Ibuuuu,,maafkan kami. Baru sahaja engkau dikeluarkan dari hospital sekarang engkau hadapi pulak ujian yang baru. Tabah wahai ibuku. Sayang kami tak pernah pudar kerana baktinya engkau kepada kami tiga beradik.

Wahai ibu yang aku cintai, tunggu anak-anakmu ini. Akan erra bawakan segulung diploma buat mu ibu. Itu la azam erra sejak mula masuk ke kolej vokasional . Tunggu anak mu ini. 

Maa~ Allah sayang keluarga kita. Percaya cakap erra, tanda Allah s.w.t sayang adalah datangnya ujian Allah.  Allah rindu tangisan kita sekeluarga. Kta tidak memerlukan bahu untuk bersandar, yang kita butuh hanya la sejadah yang dibentangkan agar bersujud pada Rabb. Surah Al-Baqarah ayat 216 dan surah Al-Baqarah ayt 286. Pelihara iman wahai keluarga ku, agar tidak punah di mamah masa.

Sekian itu sahaja, dari anak mu yang tidak sempurna ini.  Semua yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari erra sendiri..Assalamualaikum~


Friday, 4 September 2015

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM~



CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM

Kalau kita sukakan seseorang,
Jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..

Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga


Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won¡¯t touch her.
Not even the slightest bit.
You¡¯ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


¡°Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.¡±
(HR. Al-Hakim)

Sunday, 30 August 2015

Menghidupkan Jiwa

Sbelum sya meneruskan entry kli ni, sya ingin mengatakan article yg sya akn kemukan ini dari sebuah buku brtjuk "Tinta 2 Asyraf". Buku ini sya pnjam dari sahabat Jannah sya yg comel loteh xD. Sya seorang yg tdak suka, bljar dan mengthui ssuatu yg sgt brguna seorang2. Oleh itu, sya ingin berkongsi sdkit ap yg sya bca ptg ini. Bismillah~

-Menghidupkan Jiwa-

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana jiwa boleh mati?  Jawapan saya mudah. Jiwa boleh mati apabila berjauhan dengan Allah s.w.t. Mungkin jawapan ini kelihatan remeh, tetapi untuk menusia yang percaya bahawa akhirat adalah destinasi akhirnya, perkara ini kelihatan besar.
     Dan hakikatny, itu satu kebenaran, Jiwa semakin melemah, dan akhirnya mati kerana ia jauh daripada Allah s.w.t. Akan ada lompong dalam jiwa, yang akhirnya memunculkan rasa tidak senang, rasa gelisah, rasa resah. Jikalau pada wajah kita tersenyum pun dalam hati tetap rasa gundah. Kita rasa hidup tidak bermakna, buat itu buat ini tidak berharga.
     Kita rasa kosong. Rasa itu ini adalah palsu. Rasa gelap.
Itulah dia perasaan orang yang mati jiwanya. Mungkin sahaja dia hidup seperti manusia lain, belajar seperti orang lain, kerja seperti orang lain, ada kawan-kawan, ada keluarga, masa hari raya dia gembira, masa terluka dia bersedih. Tetapi, dia melalui semua itu dengan kosong. 
     Sebab jiwanya sudah mati. 
Dia jauh daripada Allah s.w.t.

- Jalan Menghidupkan Jiwa Hanya Satu-

 Jalan menghidupkan jiwa hanya satu. Itu lah dia menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. tiada jalan lain untuk menghidupkan jiwa. Meditasi, tafakur, di dalam gua, berseorangan, semuanya tiada makna jikalau ia tidak berhubung dengan Allah s.w.t.
     Sebab itu, kita sebagai manusia perlu melihat kembali hubungan dengan Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi yang merasakan jiwanya kosong, gelap, gundah, resah, dan 1001 lagi perasaan yang tidak senang dalam jiwa dan kehidupannya.
     Bagaimanakah hubungan kita dengan Allah s.w.t.? Soal diri
Kemudian, lihat kehidupan kita. Dengan apa kita isi? kebaikan kah? keburukkan kah? Jikalau kita rasa kita sudah isi dengan kebaikan, kita lihat pula bagaimana kebaikan itu kita isi. Benarkah kita lakukan semua kebaikan itu dengan harapan mahukan redha Allah s.w.t., mahukan kasih sayang-Nya, mahukan cinta-Nya? Ataupun kita buat baik sebab itu adat, orang lain buat?
     Matlamat dalam beribadah adalah sesuatu perkara yang penting. Jikalau beribadah, solat membaca Al-Quran, bukan kerana Allah s.w.t., tetap ketenangan itu tidak hadir. Benda ini perlu kita perhatikan dengan serius.

"Sesungguhnya setiap amal itu dengan niat, dan setiap manusia itu apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia untuk habuannya, ataupun kerana perempuan untuk dinikahinya, maka hijrahnya akan ke arah apa yang dihijrahkannya"
(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

In Shaa Allah, jikalau kita melihat semula perkara ini, dan kita koreksi satu per satu, bawa kembali diri kita untuk berhubung dengan Allah s.w.t., maka jiwa kita akan kembali hidup. 
     Cuma jelasnya, tiada yang mampu menghidupkan jiwa kita selain daripada pencipta jiwa itu sendiri. Siapakah pencipta jiwa? Dialah Allah s.w.t. 

Sunday, 26 July 2015

Sampai Bila?

Assalamulaikum, sahabat smua..assif lma x update entry..bz skit..Masih belum terlambat, sy ingin mngucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN" mohon ampun dri hjung rmbut hngga hjung kaki, jika selama sy meng'update (rosak tatabahasa) ad trkasar bhasa, terkcikkan hti sahabat smada sedar ataupun tak..maaf100x ..mcam mna raya thun ni? msti best kan..hihi..sy raya dkat kg Sipitang,sabah(kg mak), Lawas,sarawak(kg ayh), sy ad family yg bsar so mmg best sgt2 lgi-lgi thun ni ktorang blik kg sgt2 la lma..sllunya ktorang raya ketiga dh blik rmah dh..Raya raya jgak yea korang,, puasa enam jgan tinggai naa~ "Sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan, kmudian disusulinya dengan puasa enam di bulan syawal, maka ia bagaikan puasa sepanjang thun" Rugi kan klau x buat puasa enam ni..so?? jom puasa enam, isnin ni..yeahh!! blik kpada tjuk kta hrini, SAMPAI BILA? 

Andai menunggu bersedia, sampai kapan ingin berubah.
Andai menunggu bersedia, sampai kapan peroleh hidayah.
Bulan takkan jatuh ke riba, kucing takkan bertanduk.
Jadi, bila ingin bertindak? Bila ingin berubah?
Menunggu tanda-tanda kiamat kah? Negara arab yang dulunya bumi yang penuh dengan pasir dan kehangatan yang kemuncak, kni ditumbuhi tumbuhan-tumbuhan yang  hijau. 
Apalagi yang di tunggu? Apalagi yang dinanti?
Tidak cukup lagi kah semua benda yang kita lihat?
Dunia sudah tenat, laman sosial penuh dengan fitnah. 
Diri ini takut untuk berlama-lama meminjam oksigen di bumi ini.
Takut. Teramat takut. Allah sahaja yang tahu.
Takut dengan fitnah-fitnah yang bakal tiba. 
Takut diri terpedaya dengan semua itu.
Jika diberikan pilihan, diri ini ingin kembali kepada Allah kerana takutnya hidup di alam fana yang penuh kepura-puraan ini.
Tapi. Tapi amalku belum cukup untuk dibawa kesana~
Adakah apa yang selama ini dilakukan diterima olehNya? Ikhlaskah dri ini? khusyuk kah dri ini melakukan ibadah? Allah~
Sebagai penutup bicara, kata-kata Ahmad Ammar sering terngiang-ngiang di fkiran bahawa 'Dunia bukan tempat berehat' 
Moga pada bulan syawal yang indah ini semua saudara-saudara seislamku tetap istiqomah sehingga nafas yg trkhir. 
Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.

- Maaf jika penulisan x smpurna sbb smua tu dtg dri sya sndri, sy buat msa free kengkawan smua tdo, sy x dpat tdo, so ttba nk buat bnda ni dan tercetusla idea yg x sbrapa ni..hihi..*no copycat*. Kita ni bila nk ajak someone ke arah kebaikan kna la slow-slow, step by step, kna ikut arus angin monsun tu, ke barat daya ke atau timur laut ke..hahha.."merepek* lgpun sy tngok diorang bnyk brbah smnjak dua menjak ni..dari x pkai tdung, skrg 24 seven pkai..in shaa Allah..smua brmula dgn niat~ ;) :)
Sahabat till jannah..Amin~ (love 2 pengurusan perniagaan -2015-)

Monday, 15 June 2015

Wanita Syahidah Pertama dalam Islam

Sumayyah binti Khayyat: Wanita Syahidah Pertama dalam Islam

Dialah Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughirah. Beliau dinikahi oleh Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Makkah, sehingga tak ada kabilah yang dapat membelanya, menolongnya, dan mencegah kezaliman atas dirinya. Dia hidup sebatang kara, sehingga posisinya sulit di bawah aturan yang berlaku pada masa jahiliah.
Begitulah Yasir mendapati dirinya menyerahkan perlindungannya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Hudzaifah, yang dia dinikahkan dengan budak wanita bernama Sumayyah, tokoh yang kita bicarakan ini, dan beliau hidup bersamanya serta tenteram bersamanya. Tidak berselang lama dari pernikahannya, lahirnya anak mereka berdua yang bernama Ammar dan Ubaidullah.
Tatkala Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki, beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah kepada beliau. Berpikirlah Ammar bin Yasir sebagaimana yang dipikirkan oleh penduduk Makkah, sehingga kesungguhan beliau dalam berfikir dan lurusnya fitrah beliau, menggiringnya untuk memeluk dinul Islam.
Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lazatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya. Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata, Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh berkah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya. Sumayyah pun menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.
Dari sinilah dimulainya sejarah yang agung bagi Sumayyah binti Khayyat, yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam dan sejak fajar terbit untuk yang pertama kalinya.

Penyiksaan kaum kafir Quraisy kepada Sumayyah binti Khayyat.

Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, kerana Ammar dan keluarganya tidak memungkiri bahwa mereka telah masuk Islam, bahkan mereka mengumumkan keislamannya dengan kuat sehingga orang-orang kafir tidak menanggapinya melainkan dengan pertentangan dan permusuhan.
Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan bermacam-macam siksaan agar mereka keluar dari din mereka, mereka memaksa dengan cara mengeluarkan mereka ke padang pasir tatkala keadaannya sangat panas dan menyengat. Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan di atas dadanya sebongkah batu yang berat. Akan tetapi, tiada terdengar rintihan atau pun ratapan, melainkan ucapan, “Ahad … Ahad ….” Sumayyah binti Khayyat ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang dilakukan oleh Yasir, Ammar, dan Bilal.
Suatu ketika, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menyaksikan keluarga muslim tersebut yang 
 tengah disiksa dengan kejam, maka beliau mengadahkan ke langit dan berseru,

صَتْرًاآلَ يَاسِرٍفَإِ نِّ مَوْعِدَكُمُ الْجَنَّةُ

Bersabarlah, wahai keluarga Yasir, karena sesungguhnya tempat kembali kalian adalah surga.”
Sumayyah binti Khayyat mendengar seruan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam maka beliau bertambah tegar dan optimis. Dengan kewibawaan imannya, dia mengulang-ulang dengan berani, “Aku bersaksi bahwa engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahwa janjimu adalah benar.”
Begitulah, Sumayyah binti Khayyat telah merasakan kelazatan dan manisnya iman sehingga bagi beliau kematian adalah sesuatu yang remeh dalam rangka memperjuangkan akidahnya. Hatinya telah dipenuhi kebesaran Allah subhanahu wa ta’ala, maka dia menganggap kecil setiap siksaan yang dilakukan oleh para tagut yang zalim; mereka tidak kuasa menggeser keimanan dan keyakinannya, sekalipun hanya satu langkah semut.
Sementara Yasir telah mengambil keputusan sebagaimana yang dia lihat dan dia dengar dari istrinya,Sumayyah binti Khayyat pun telah mematrikan dalam dirinya untuk bersama-sama dengan suaminya meraih kejayaan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Tatkala para tagut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang-ulang oleh Sumayyah binti Khayyat maka musuh Allah, "Abu Jahal" melampiaskan keberangannya kepada Sumayyah dengan menusukkan sangkur yang berada dalam genggamannya kepada Sumayyah binti Khayyat. Terbanglah nyawa beliau dari raganya yang beriman dan suci bersih. Beliau adalah wanita pertama yang syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan, beliau telah mengerahkan segala yang beliau miliki dan menganggap remeh kematian dalam rangka memperjuangkan imannya. Beliau telah mengorbankan nyawanya yang mahal, dalam rangka meraih keredhaan Rabbnya. Mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanan.

Sumber: Mereka adalah Para Shahabiyah, Mahmud Mahdi Al-Istanbuli dan Musthafa Abu An-Nashir Asy-Syalabi, Pustaka At-Tibyan, Cetakan ke-10, 2009.
#C/P :)

Monday, 8 June 2015

SAHABAT~~





"Wehh,,berapa orang sahabat kau?"
"Nanti, tunggu aku susah, aku kira"

Siapa yang digelar sahabat?
Ya, ramai 'kawan' dari sahabat.
Yang benar benar sahabat itu.
Sikit bilangannya.
Kadang kau rasa yang rapat dengan kau tu.
Yang dengar kisah simpati kau tu,
Itu lah sahabat
Tapi kau salah,
Itu lah yang dalam senyap senyap cuba tikam kau dari belakang.
Itu lah yang senyap senyap simpan sedikit demi sedikit aib kau.
Dipanggil sahabat ke bila dia tolak kau ke neraka?

"Ala dia kawan je pun. Bukan sesiapa"

Ya. Dia bukan sesiapa.
Bila berkawan dengan penjual wangi wangian.
Kau akan dapat bau wangi tu.
Tapi kalau berkawan dengan tukang buat besi.
Hanya percikkan api yang kau rasa.

Memang kawan itu bukan sesiapa.
Tapi mereka salah seorang.
Yang membawa kau sama ada ke syurga atau neraka.

Ingat, kawan yang bercakap lepas tapi teguran dia ingat sampai mati.
Lagi baik dari kawan yang berdiam diri dari menegur salah kau.
Sebab, sahabat yang berdiam saat kau buat kesalahan.
Dia pentingkan diri dia sendiri.
Dia sikit pun tak sayang kau.
Sebab bagi dia.
Kau siapa? Tiada kaitan dengan dia.
Kau tak penting pun bagi dia.
Biar kau masuk neraka dan dia bahagia disyurga.

Itu kau panggil sahabat?
Bukan nama sahabat kalau dia bawa kau lari jauh,
Dari mengenal diri dan Tuhan kau sendiri.
Bukan dia nak bajet alim, bukan nak bajet ustaz/ustazah.
Tapi sebab dia taknak duduk syurga sorang sorang.
Dia nak duduk dan melangkah ke syurga bersama kau.
Ya, kau.
sahabat dia yang bukan saja selalu lepak didunia tapi insyaAllah hingga syurga.

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) " [43:67]

Mohon jaga hubungan ukhwah  kita sesama islam,,apapun yang terjadi sabar sabar dan terus bersabar..keep smilee~ :)

Lembaran Baru di Tahun Baru 3/365

Assalamualaikum. I'm backkk~ hahaha. Alhamdulillah hari ni hari ketiga pada tahun 2019 ni. Bersyukur sangat-sangat masih diberi peluan...